06 June 2010

Vincent Tan melopong - P Pinang tetap kekal keputusan awal

Melopong Vincent Tan walau nak bagi RM525 juta pun, Pulau Pinang tetap kekal dengan keputusan awal tak akan membenarkan pertaruhan judi sukan bola sepak piala dunia yang bermula 11 Jun ini ... Harapan rakyat semua Selangor juga akan kekal dengan keputusan awal nya yang juga tak membenarkan atau majlis-majlisnya tidak akan mengeluarkan lesen bagi pertaruhan judi sukan ini di jalankan di daerah masing-masing ...Insyallah


Tiada Pertaruhan Judi Sukan, Pulau Pinang Kekal Keputusan


Kerajaan Pulau Pinang tetap tidak akan membenarkan pertaruhan acara sukan di negeri itu, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng.
Beliau berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Ascort Sdn Bhd yang diberi lesen untuk menganjurkan pertaruhan itu mengenai keputusan kerajaan negeri tersebut.

Bagaimanapun kerajaan negeri terbuka untuk berbincang jika menerima surat rayuan daripada syarikat terbabit, katanya kepada pemberita di sini.

"Walaupun kami sentiasa bersedia untuk berbincang namun sehingga kini kami tidak menerima sebarang surat rayuan daripada syarikat itu," katanya.

Lim mengulas laporan yang memetik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan sebagai berkata Berjaya Corporation Bhd akan merayu kepada kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang agar mempertimbangkan semula keputusan melarang pertaruhan acara sukan di negeri-negeri berkenaan.

Lesen itu diberi kepada Ascort yang dikawal oleh Tan menerusi pemilikan 70 peratus saham, pada awal tahun ini. Bagaimanapun Tan akan menjual sahamnya itu kepada Berjaya Corp Bhd. (Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive