15 July 2010

Balasan isteri curang

Diriwayatkan pada satu hari, Isteri Rasulullah SAW yakni Saidatina Aisyah ingin mengetahui mengapa Baginda bersabda bahawa ramai wanita, terutama yang bergelar isteri menjadi penghuni neraka. Baginda kemudiannya bersabda:

Ada wanita yang tidak sabar menghadapi kesusahan, kesakitan, dan dugaan seperti kesakitan melahirkan anak, melayan suami, dan melakukan kerja rumah.
Ada isteri yang tidak memuji dan tidak bersyukur di atas kemurahan Allah SWT yang didatangkan melalui suaminya hingga ada isteri tidak berterima kasih di atas apa juga pemberian suaminya.
Ada wanita ingkar terhadap nikmat Allah SWT, Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran, ada isteri yang mengatakan: “Sudah 10 tahun saya berkahwin dengan awak, tetapi tidak ada apa-apa pun”.
Ada isteri suka bercakap perkara yang sia-sia, seperti mengumpat dan bercakap mengenai hiasan dan perabot rumah.
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuan dalam agama yang menyebabkan mereka sering terpedaya dengan pujuk rayu lelaki, rakan, jiran, dan terpengaruh dengan kemewahan duniawi.
Isteri yang boleh mencium bau syurga ialah yang patuh kepada suami sama ada didalam keadaan susah atau senang (kecuali yang ditegah agama).[seterusnya DI SINI]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive