14 July 2010

Polis trafik dipenjara dan denda kerana rasuah RM1320

KUALA LUMPUR : Seorang anggota polis trafik telah dijatuhi hukuman satu tahun penjara dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Session di sini hari ini kerana dua kesalahan rasuah.
Sekiranya Mahazan Mat Halim 27, gagal membayar denda, dia boleh dipenjara 5 bulan lagi.
Mahazan telah menerima sebuah telefon bimbit Nokia 6120 dan RM20 pada 3 March 2008 di batu 5 1/2 Jalan Cheras sebagai sogokan tidak mengambil tindakan terhadap Zainuddin Maideen untuk kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali keledar dan memandu kereta yang telah tamat tempoh cukai jalannya.
Tuduhan kedua, sekali lagi Mahazan menerima RM350 pada 5 March 2008 di stesen minyak Jalan Maharajalela. Jumlah sogokan adalah sebanyak RM1320.00.
Hukuman penjara akan bermula hari ini. - The Malay Mail

2 comments:

IbnAbdHalim said...

Tak berbaloi! Kalau nak rasuah buat macam pemimpin UMNO. Sapu berjuta-juta. Kalau tak sanggup atau tak ada kemahiran baik jangan sebab dosanya sama berat. Kerja haram mana ada berkat. Rasuah dan bagi makan anak bini pula, maka habis semuanya makan haram. Kalau berani buat kerja macam UMNO. Kalau kenapun masih ada saki baki boleh hidup mewah. Tapi awas....akhirat tak lepas. Tapi kalau percaya macam Che Det tak pa lah no, dah mati habih cerita. Tak dak akhirat-akhirat. Tak taulah agama apa pulak tu.

Anonymous said...

Minta pinjam skit duit balak Pas kelantan punya..pak haji mana ada pakai byk2..sure ada lebih pye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive