21 August 2010

BENAR! Nama Guan Eng disebut dalam doa Khutbah - Imam Masjid Jamek Pdg Menora

Hanya salah faham & tidak faham B.Arab - Imam

TASEK GELUGOR 20 Ogos - Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.

Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.

''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.

"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.

Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.

Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.

"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya. - Kedahlanie

1 comment:

Anonymous said...

Cuba nama yang disebut di dalam doa khutbah tu Najib 1 Malaysia, mesti meleret sakan senyuman manis yang menawan pengikut gerombolan. Malah minggu seterusnya akan ada Khutbah Life dari masjid tu oleh RTM.

Kalau disebut nama Rosmah The First Lady Bird, mesti ada wakil datang pada Tok Imam tanya nak peruntukan untuk masjid, nak tambah speaker ke, mikrofon ke atau nak Pingat Gagah Berani.

Tapi aku comfirmlah puak pemimpin gerombolan dengki sebab nama mereka tak pernah pun disebut dalam mana-mana doa. Alih-alih seorang 'Abu Talib' Lim yang disebut, bertambah dengki dan busuk perutlah pemimpin gerombolan. Tambahan pula doa dalam bulan puasa mudah dimakbulkan Allah lebih-lebih didoakan oleh orang yang berpuasa yang pasti sukar ditolak.

Gerombolan kepadamu hanya doa kehancuran dari ku kerana kamu banyak melaku penindas dan kepada Islam dan rakyat Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive