25 August 2010

Isu Royalti : Kelantan Saman Petronas 30 0gos

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengemukakan saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan exco di Kota Darulnaim di sini, Rabu.

Menurutnya kerajaan negeri akan mengemukakan writ saman itu di Pejabat Pendaftar Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Husam berkata, dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah yang akan menentukannya.

Katanya writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive