Dua bekas 'orang kuat' Amerika Syarikat menggesa kerajaan mereka campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.
Menurut mereka, perbicaraan itu bukan hanya mengancam Anwar tetapi “semua rakyat Malaysia yang bergelut memperjuangkan negara yang lebih bebas” dan menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama untuk campur tangan.
“Kami faham berdasarkan pengalaman, isu sensitif seperti ini sebaik-baiknya ditangani secara senyap oleh kerajaan dengan kerajaan.
"Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir,” kata bekas naib presiden Amerika, Al Gore dan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal ... seterusnya

2 comments:
ANWAR AIRMANI DJUBUR SAIFULI JADI BUKTI.
LEPAS NI NAMA ALLAH SWT AMERIKA MINTA CAMPUR PULAK TENGOKLA.....PAS dan para pemimpinnya - sangat besar, "lesen" yang diberikan oleh Nik Aziz untuk orang-orang kafir menggunakan sewenang-wenangnya nama Allah - menyebabkan nama Allah yang Maha Agung ini kelihatan persenda-sendakan oleh golongan musyrikin di Malaysia. Agama Islam tidak lagi dihormati - sehingga nama Allah turut dipolitik dan dijadikan isu. Islam semakin dipandang rendah oleh agama lain. Lihatlah tidak pernah rasanya nama tuhan agama Buddha, atau Hindu dipermain-mainkan sebegini rupa. PAS mengizinkan segala ini berlaku. Walaupun Harun Din telah memberi amaran keras kepada sesiapa yang menghalalkan nama Allah digunakan di dalam penerbitan akhbar gereja Katholik itu, imannya boleh tergelincir.
Namun demikian, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain langsung tidak peduli. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan mengharamkan nama Allah digunakan di dalam penerbitan akhbar gereja Khatolik tersebut - hujahnya mudah, ini merupakan strategi penganut Kristian untuk memurtadkan umat Islam, khususnya generasi muda. Tetapi, amaran mufti Perak ini, tidak ada siapa pun yang peduli. Dan sekarang - orang kafir, sudah bebas bersuara apa-apa sahaja yang mereka suka. Sehinggakan - nama Allah sudah boleh diperolok dengan sewenang-wenangnya. Lim Kit Siang - sepatutnya tidak menulis apa-apa pun berkenaan isu ini - Eloklah beliau masuk Islam dahulu, sebelum memandai-mandai memperjuangkan nama Allah untuk gereja Khatolik. Yang lebih ganjil, mengapa DAP sangat beria-ria memperjuangan isu ini? Bukankah lebih elok, Lim Kit Siang mempelajari keindahan Islam dan kemudian beriman kepada Allah?
Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di 6:06 PM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
Label: Corat-Coret
Post a Comment