04 August 2010

UMNO Eksyen ...!

Alif Ba Ta atau ABC perjuangan UMNO ialah Agama, Bangsa dan Tanah Air. Saya rasa tidak ada parti politik yang merumuskan cita cita dan kehendak orang Melayu lebih baik daripada yang telah di lakukan oleh UMNO. Kerana itulah, sokongan orang Melayu kepada UMNO semenjak 1946 sentiasa lebih kurang kekal. Pada saya ini bermakna UMNO tidak akan fana dan hilang daripada fikiran orang Melayu.

Hanya, sejak kebelakangan ini, sokongan tersebut tidak lagi mutlak dan di beri tanpa persoalan. UMNO sepatutnya di sedarkan mengenai perkara ini terutama setelah mala petaka politik PRU 2008. Masaalah nya, UMNO tidak banyak sedar.

Pimpinan dan ahli nya berterusan memikirkan bahawa sokongan Melayu kepada UMNO adalah mutlak dan di beri tanpa syarat. Ini lah kesilapan asas UMNO yang menyebabkan parti UMNO eksyen. Pemimpin atasan eksyen, ketua bahagian eksyen, AJK bahagian angkuh, ketua cawangan sombong, ahli bongkak. Hanya kerana kita UMNO, kita nak buli orang lain. Lama sangat kena buli dan kena tekan, orang sudah ajar kita dalam PRU 2008. Nasib baik tidak kalah semua. Kalah teruk pun, seperti sudah kalah semua.

Masaalah kedua, ialah orang UMNO masih tidak sedar. UMNO semacam ada fikiran bahawa- tak mengapa, Melayu ni akan kembali kepada kita semua. Tengok lah.

Dua masaalah inilah yang menyebabkan UMNO eksyen. Eksyen sebab mereka berfikiran tidak perlu buat apa apa selain mengistiharkan mereka UMNO dan memikirkan sokongan Melayu datang secara otomotik. Maaf, TPM Muhyidin, jika dua kesilapan ini masih ada, UMNO itu di pandang orang ramai sebagai eksyen. Muhyidin macam pekak dari mendengar bahawa, sekarang ialah musim orang tidak sukakan UMNO lagi. Cakap pemimpin UMNO tidak di percayai, parti UMNO di perlekehkan, ahli UMNO di lihat tidak lebih daripada mamat penagih kontrak dan penerima imbuhan dan habuan. Kamu ingat kamu UMNO, maka kita ini semua berhutangkan kehidupan ini dengan kamu?

Tapi inilah sikap yang di pamirkan oleh UMNO keseluruhan nya yang menyebabkan orang kata parti UMNO eksyen. Mereka ingat kita ini berhutangkan hidup ini kepada mereka. Pada PRU 2008, majoriti orang Melayu telah berkata- pegi dah!.

Maka saya berharap apabila TPM Muhyidin berkata parti UMNO kita tidak esyen lagi, ianya bererti bahawa pimpinan dan ahli UMNO jangan take for granted yang orang Melayu akan sokong mereka secara otomatik.

Ianya tidak lagi otomotik. Sokongan tidak lagi datang bergolek dan secara mutlak dan tanpa syarat lagi. Tidak esyen, saya harap bererti pimpinan UMNO dan ahli UMNO sedar bahawa lebih banyak mesti di buat daripada hanya melaungkan Agama, Bangsa dan Tanah Air, atau Melayu itu dan Melayu ini. Bagaimana kita mengurus dan menterjemahkan ABC perjuangan UMNO itulah sekarang ini yang menjadi pertimbangan dan di adili oleh orang Melayu.

UMNO eksyen jika ingat orang Melayu ini bapak mereka punya dan orang Melayu akan mesti dan wajib sokong UMNO kerana jenama UMNO itu sendiri. Realitinya, hari ini, orang akan sokong UMNO bila mereka mengadili perbuatan dan kemampuan UMNO berbakti kepada masyarakat.

Dulu, keadaan nya lain. Prinsip perjuangan Alif Ba Ta mampu meyakinkan bahawa UMNO adalah wadah yang terbaik untuk mencapai matlamat matlamat tersebut. Semenjak UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, saya tidak fikir ABC ini bertukar. Jadi saya tidak fikir pula, sokongan orang Melayu yang berkurangan kepada UMNO disebabkan orang Melayu sudah kurang atau tidak percaya kepada prinsip perjuangan asal UMNO. Prinsip2 terebut bersifat kekal.

Bahkan boleh pula kita katakan ABC tersebut ada bersifat sejagat yang di fikirkan oleh setiap orang Melayu dalam negara ini. Jika ia bersifat universal atau sejagat, ini bermakna, tidak ada mana mana parti politik pun yang bolehmendapat hak milik kekal keatas nya. Apa yang mereka ada, pada mana mana ketika dan masa, ialah hak milik sementara keatas prinsip tersebut. Tempoh pemilikan keatas nya bergantung keatas kecekapan dan kehandalan mana mana parti mengurus prinsip prinsip tersebut.

Kesilapan terbesar UMNO ialah berfikiran bahawa meraka ada hak milik kekal keatas prinsip perjuangan ini.

Jadi, di mana kita cari punca atau sumber penyebab penurunan sokongan Melayu kepada UMNO? Saya harap tidak ada orang UMNO bodoh sombong menidakkan atau enggan mengaku bahawa UMNO tidak lagi menjadi pilihan pertama orang Melayu sebagai wadah perjungan. Cuba kaji angka2 undian Melayu kepada UMNO dalam PRU ke 12 tahun 2008.

Setelah PRU 2008, UMNO nak kata mereka mewakili orang Melayu pun susah. Izinkan saya beri sedikit fakta.

Calun2 UMNO dalam PRU 08 telah mendapat 2.38 juta undi dari pengundi. Calun UMNO semesti nya semua Melayu. Namun undi kepada mereka bukan semua datang dari pengundi Melayu. Dari jumlah tersebut, kita tolak lebih kurang 380 ribu penggundi bukan Melayu sebab. Ini bermakna, calun2 UMNO yang semesti nya Melayu itu hanya mendapat 2 juta undi pengundi Melayu. Ahli kita sahaja sudah lebih dari 3 juta. Bererti calum UMNO pun di tolak oleh ahli UMNO dengan cara sama ada mereka tidak mengundi atau tidak keluar mengundi. Jumlah keseluruhan pengundi Melayu dalam PRU 2008 pula ialah 5.7 juta. Ini bererti 3.7 juta orang Melayu menolak calun UMNO dan menolak UMNO.

Bagaimana UMNO tanpa malu muka nak mengaku, mereka pejuang orang Melayu nombor satu? UMNO tidak berjaya meyakinkan ahli mereka pun.

Punca yang kita kena cari ialah bukan label orang itu liberal atau tidak liberal, tapi cari kenapa keyakinan orang Melayu termasuk ahli UMNO merosot?

1 comment:

Unknown said...

ya betul tu Datuk, UMNO terus parah & teruk tapi rawatan & terapinya? Haram ada...pemimpin cawangan & bahagian juga syok sendiri, eksen & hanya pikir diri & penyokongnya sendiri + mereka sentiasa bermuka-muka & tak banyak membantu orang Melayu kawasan sendiri... ..justeru, saya sebagai sorang pemuda menyokong kenyataan Datuk.

hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive