STONE: Dulu masa YAB LGE, KM Pulau Pinang umumkan nak bagi RM100 setahun pada semua warga emas di PP. Shahrizat kat LGE menghina warga tua PP (disini) , nilai warga tua PP tak sampai pun RM10 sebulan ... OK. Tapi sekarang apakah nilai warga tua, ibu tunggal atau orang kurang upaya di Perlis pula? ... Shahrizat tolong jawab ... Jangan segala apa yang dilakukan pembangkang SEMUA tak kena, tapi sekarang perkara yang sama dah berlaku dinegeri pemerintahan BN pula .... dah kena batang hidung sendiri ... apa hang nak kata pada MB Perlis tu ?... persilakan Shahrizat. Jangan diam saja ... semua orang menunggu komen dari seorang mentari yang bukan mewakili rakyat ... kah kah kah ... jawab Shahrizat, jawab ... hahahaha
Anak yatim pula dapat tak sampai RM5 sebulan atau lebih kurang 13sen sehari ... hahaha, kesian budak-budak tu ...
Antara kata-kata Shahrizat : "Takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada pemimpin mereka cuma kurang RM100. Itulah nilai warga emas di Pulau Pinang," kata lagi ... So samalah warga Perlis juga kan ... hahahaha
22,107 Penduduk Perlis Bakal Terima Sumbangan Ramadan
KANGAR, 14 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada Sabtu melancarkan program dana Ramadan dengan peruntukan RM2.1juta sepanjang bulan puasa untuk diagih-agihkan kepada lebih 20,000 penduduk yang kurang bernasib baik di negeri ini.
Katanya mereka terdiri daripada golongan kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan anak-anak yatim.
Meskipun sumber pendapatan Perlis adalah amat terbatas namun kerajaan negeri akan tetap menghulurkan sumbangan kepada umat Islam sepanjang Ramadan ini melalui sumbangan dana kerajaan pusat, katanya semasa melancarkan program itu di Masjid Al Muqarabbin, Behor Empiang dekat sini.
Katanya, hubungan rapat kerajaan negeri dan pusat membolehkan rakyat Perlis menikmati manfaat daripada pelbagai program termasuk sumbangan dana Ramadan itu.
Sempena pelancaran itu, beliau menyampaikan dana Ramadan itu kepada 1,481 penerima dari kawasan dewan undangan negeri Bintong dengan setiap seorang menerima RM100.
Majlis penyampaian sumbangan itu akan diadakan di peringkat dewan undangan negeri selepas ini sehingga 5 September ini.
Bagaimanapun majlis penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim seluruh Perlis akan dilangsungkan secara berasingan pada 28 Ogos ini di Dewan 2020 membabitkan 2,578 penerima dengan setiap seorang akan menerima RM50. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment