21 September 2010

Artis Melayu pegang anjing? ...


Gambar Gitaris Estranged Pegang Anjing

HAI Niezam, artis kita pegang anjing lagi... nah tengok gambar ni. Tolong kutuk sikit ya dalam ruangan you... Adoiii.”

Begitulah kiriman SMS yang Niezam terima semasa tengah sibuk melantak kuih sempena rumah terbuka Hari Raya di Selama, Perak minggu lalu.

Pembaca setia mStar dari Kuala Lumpur itu mahu dikenali sebagai Mike. Dia bukan orang Melayu tetapi dia amat prihatin dengan artis Melayu kita yang beragama Islam.

Kata Mike, dia ada ramai kawan Melayu. Semua kawannya tak pegang anjing. Malah dia orang beritahu Mike, orang Islam tak boleh pegang anjing.

Jadi bila ada artis Melayu yang pegang anjing, Mike pun hantar satu gambar kepada Niezam yang menampilkan pemain gitar kumpulan Estranged iaitu Din Hormatov (gamnbar) tengah pegang anjing.

Menurut Mike, dia terima gambar itu daripada rakannya dan minta Niezam komen gambar itu.

Macam nilah Mike. Niezam tak mahu nak bersyarah berjela-jela sebab tak semua orang suka dengar orang membebel.

Sebelum Din pegang anjing, sudah ramai artis kita yang buat benda yang sama. Pelakon Syarifah Sofia dan bekas penyanyi kumpulan Res2 – Baby pun pernah “kantoi” gambar-gambar pegang anjing.

Untuk makluman Mike, nak pegang anjing atau babi sekalipun tak salah jika bersebab. Orang Islam yang jadi doktor haiwan pun kadang-kala terpaksa pegang anjing juga.

Malah sesiapa saja nak pegang anjing atau lebih daripada anjing pun boleh asalkan dia orang kena samak selepas itu kerana binatang itu najis bagi orang Islam. Mudah saja.

Tapi masalahnya artis-artis kita ini sesetengahnya bahalol semacam. Dia orang suka mencetuskan kontroversi dengan menyebarkan gambar-gambar pegang anjing, pegang botol arak dan aksi-aksi tidak senonoh dalam laman sosial masing-masing.

Inilah masalah besar artis kita yang tak pandai jaga maruah sebagai “public figure”. Dalam banyak-banyak haiwan kenapa gambar pegang anjing pula yang hendak dipertontonkan kepada orang kerana ia akan mencetuskan isu sensitif.

Jadi kepada mana-mana artis yang mungkin ada pelihara sekandang anjing sekalipun, jangan sesekali sebarkan gambar-gambar itu dalam jaringan sosial anda.

Tak ada apa yang hendak dibanggakan kalau kita memelihara anjing apatah lagi jika memegangnya sampai dibawa ke bilik tidur.

NIEZAM: Pegang pada janji. - mStar
MS : Kadang-kadang aku malas nak bercakap tentang artis kita ni. Apa yang tak mereka lakukan, seolah-olah tiket 'artis' tu membenarkan mereka melakukan apa saja ... hampeh

3 comments:

Admin said...

Diorang kan selalu lepak kat kelab sambil minum2 apa hukum hakam ni tolak tepi.

p/s mintak linh blog kat sini kalau tak keberatan[http://kiff-isme.blogspot.com]

Stone525i said...

Hai kiff, trima kasih kerana meminati MS. Blog tuan/puan telah pun di'link'kan.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan..pegang anjing atau babi tidak haram dan tidak berdosa. Hukumnya hanya najis berat.

Maknanya lepas pegang kita kena basuh 7 kali termasuk satu air tanah.

Tapi kalau pegang lepas tu tak basuh ikut syarak maknanya segala ibadah khusus seperti Solat yg dilakukan tidak sah sebab dalam keadaan najis. Itu baru berdosa.

Sebenarnya menyentuh atau memegang pasangan bukan MAHRAM tanpa berlapik hukumnya haram..tapi tak perlu basuh degan air tanah.

Wallahu a'lam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive