08 September 2010

Chegu Bard bertanding Ketua AMK

PETALING JAYA: Kini semakin ramai ahli PKR khususnya AMK yang mahu mengetahui bilakah ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shahrin mengumumkan keputusan sama ada bertanding jawatan ketua Angkatan Muda PKR (AMK) atau tidak.

Hanya Mohd Rafizi Mohd Ramli yang telah mengesahkan akan bertanding ketua AMK.


Penyandang Samsul Iskandar Md Akin juga belum memberi kata putus sama ada mempertahankan jawatan atau tidak.

Pemilihan ketua AMK pusat akan diadakan pada November ini.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin AMK di Negeri Sembilan mendakwa Badrul Hisham telah membayangkan hasratnya mahu bertanding jawatan ketua AMK.

Kata mereka, "chegu Bard (Badrul Hisham) telah memberi isyarat bahawa beliau akan bertanding ketua AMK kali ini."

Menurut mereka, Badrul Hisham tidak mahu menghebahkan perkara itu kerana menganggap tugasnya membantu jentera parti di Sarawak lebih penting dan perlu didahulukan.

"Kami semua menyambut baik dan berharap beliau akan mengotakan janji bertanding jawatan ketua AMK.

"Kami AMK Negeri Sembilan menyokong penuh hasrat chegu Bard itu," katanya.

Chegu Bard yang berasal dari Negeri Sembilan pernah diura-urakan bertanding jawatan ketua AMK pada 2007 tetapi menarik diri pada saat akhir.

Seorang pemimpin AMK lain juga mengesahkan Badrul Hisham telah mengumumkan hasratnya dalam satu mesyuarat cabang PKR Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sementara itu, Badrul Hisham ketika dihubungi memberitahu, "kawan-kawan di bawah, ketua AMK cabang sudah tahu keputusan saya."

"Saya tidak perlu pengatara untuk memberitahu hasrat saya," katanya sambil menambah kod etika parti melarang berkempen di tempat awam. - FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive