26 September 2010

Erni Dekritawati - anak Sosilawati - di Radia24 Bernama


KUALA LUMPUR, 26 Sept — Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, akan ditemuramah oleh Radio24 Bernama (93.9FM) menerusi programnya “Kerusi Panas” mulai pukul 6.30 petang esok.

Jurucakap stesen radio itu berkata beliau dijangka ditemuramah mengenai rancangan masa depannya serta syarikat kosmetik itu yang diasaskan oleh ibunya yang meninggal dunia secara mengejut.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadi Allahyarham Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini, Noorhisham Mohammad, 38 dilaporkan hilang pada 30 Ogos lepas setelah ke Banting, Selangor kerana urusan penjualan tanah.

Pada 13 September lepas, polis mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga yang lain dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, yang dikatakan milik suspek utama kes pembunuhan kejam itu, yang juga seorang peguam. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive