11 September 2010

"Kami penentu kuasa politik" - PERKOSA ... Betul ke cakap katak ni?

Perkasa: Kami penentu kuasa politik, mengapa Umno-BN takut sangat

Oleh G Manimaran
September 11, 2010
KUALA LUMPUR, 11 Sept — Perkasa menafikan tanggapan bahawa Umno dan komponen BN telah mengkhianati persababatan dan sokongan moral diberikan pertubuhan bukan kerajaan orang Melayu ini tetapi mempersoalkan mengapa pemimpin-pemimpin perikatan itu “takut sangat mendekati kami.”

Mengulas luahan ‘protes’ secara terbuka beberapa pemimpin BN semalam, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya akan terus bergerak sendiri lebih-lebih lagi kerana tidak pernah menjalin persahabatan dengan Umno ataupun mana-mana parti politik lain di negara ini.

Tegas beliau, Perkasa yang pernah secara terbuka membantu calon BN dalam beberapa pilihan raya kecil lalu termasuk di Hulu Selangor tidak akan menjadi sebuah parti politik sebaliknya akan menjadi “penentu hala tuju kuasa negara ini.”

“Perkasa tidak pernah buat kenyataan adanya jalinan persahabatan dengan Umno. Kebetulan ramai juga ahli Umno dalam Perkasa,” kata beliau dalam satu kenyataan awal pagi ini.

“Jadi dakwaan Umno mengkianati persahabatan dengan Perkasa sebenarnya tidak timbul kerana tiada jalinan persahabatan pun antara Umno dan Perkasa,” kata beliau lagi.

Semalam, buat julung kali pemimpin Umno dan BN ‘sebulat suara’ melahirkan pendirian memprotes dasar perjuangan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali atas alasan ia boleh menjejaskan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu.

Pendirian itu disusuli dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam temu bual dengan The Malaysian Insider bahawa Umno tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-13.

Tengku Adnan juga berkata perjuangan Perkasa tiada kaitan dengan Umno, malah beberapa tindakan mereka menjejaskan sokongan kepada BN.

Bagaimanapun Perkasa mendapat sokongan padu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan penaungnya.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, menubuhkan Perkasa selepas pilihan raya umum 2008 dijangka mengadakan sidang media pagi ini bagi menyatakan pendirian rasminya ekoran kenyataan terbaru semalam.

Syed Hassan berkata, ahli-ahli PAS dan PKR Melayu yang berjawatan di kawasan-kawasan tertentu sama dengan ahli umno lain menyertai Perkasa selepas mereka mendapati pemimpin-pemimpin parti mereka sudah lari daripada usaha memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.

“Mereka dapati pemimpin-pemimpin parti mereka sangat takut mengkritik sesetengah kenyataan dan perbuatan biadap pemimpin kaum lain kerana hendakan sokongan politik sehingga mereka (ahli Perkasa itu) merasa cemas akan kehilangan hak yang telah diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin dahulu.

“Mereka lihat Perkasa saja yang berani dengan tegas mempertahankan hak-hak mereka.

“Begitu juga tiada jalinan persahabatan dengn PAS dan PKR. Perkasa bergerak sendiri. Perkasa tidak paksa mereka sertai Perkasa,” katanya.

Syed Hassan mendakwa mereka dengan rela hati menyertai Perkasa manakala beratus borang menjadi ahli Perkasa diterima setiap hari.

“Dan, mereka sedar Perkasa tidak akan menjadi parti politik tapi akan menjadi penentu arah politik negara,” katanya.

Tambah beliau, Perkasa juga tidak pernah meminta komponen-komponen BN agar mendekati pertubuhan itu yang dikatakan mempunyai sekitar 50,000 ahli sekarang.

“Dengan kenyataan persetujuan beberapa parti komponen untuk menjauhi Perkasa, kami tidak minta pun mereka dekati Perkasa,” katanya.

Syed Hassan juga memberitahu pihaknya tidak akan rugi apa-apa sekiranya Umno dan rakan mereka memutuskan untuk menjauhkan diri.

“Yang pasti merekalah yang akan rugi. Hairan kenapa mereka takut untuk dekati Perkasa. Adakah undi ahli Perkasa di pilihan raya umum ke-13 nanti tidak dikira nanti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kah?” katanya. - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive