28 September 2010

Kawasan berasmara baru di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Hari ini bukan sahaja taman rehat awam atau lokasi peranginan menjadi tumpuan pasangan kekasih bermadu asmara, tetapi paling menjijikkan, kawasan parkir yang disediakan di se-buah kompleks beli-belah di Kam-pung Tanjung turut menjadi sasaran.

Lokasi baru ini didedahkan oleh orang awam yang tinggal dan bekerja di kawasan berhampiran pusat beli-belah itu yang sudah tidak tahan melihat kerenah jijik pasangan kekasih melakukan maksiat yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini di sini.

Wakil orang awam, Wan Hassan Wan Jaafar berkata, kawasan parkir di bangunan pusat beli-belah ini sebenarnya sudah lama menjadi lokasi tumpuan pasangan kekasih yang berkereta tidak mengira siang atau malam disebabkan faktor lokasi parkir yang agak sunyi dan kurang digunakan orang awam.

“Pasangan kekasih yang berkereta akan ke sini dan melakukan maksiat di dalam kereta. Mereka dilihat terlalu berani walaupun pada siang hari disebabkan kawasan parkir di sini agak sunyi.

Majoriti yang menggunakan ruang parkir disediakan ialah pekerja di pusat beli-belah ini sahaja. Jadi, kesempatan inilah digunakan oleh pasangan kekasih yang tidak bermaruah ini untuk melampiaskan nafsu ditambah lagi, kawasan parkir ini langsung tiada pemantauan daripada pe-ngawal keselamatan yang bertugas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Wan Hassan, ruang parkir yang agak tersorok menjadi pilihan pasangan tersebut dan lokasi maksiat berkenaan akan ‘meriah’ pada waktu malam kerana keadaan persekitaran yang dianggap terlalu terjamin bagi mereka, lebih-lebih lagi suasana di sini agak suram pada waktu itu.

“Terserempak dengan pasangan yang melakukan adegan panas sudah biasa bagi kami yang boleh dikatakan hampir setiap hari berada di sini malah kami pernah terjumpa kondom yang dibuang di serata tempat di sini.

“Melihat kepada bukti ini, kami yakin bahawa lokasi parkir ini bukan sahaja dijadikan sebagai tempat untuk melakukan adegan ‘ringan-ringan’, malah mungkin bagi segelintir pasangan ini sudah menjadikan parkir ini sebagai ‘hotel’ untuk mereka,” katanya.

Wan Hassan berkata, diharapkan dengan pendedahan lokasi ini, pihak berkuasa dapat turun padang membuat tinjauan dan kawalan di sini bagi mena-ngani masalah keruntuhan akhlak yang begitu memalukan hari ini - Sinar Harian

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive