23 September 2010

Kes Sosilawati - Polis ambil sampel air mani 8 suspek

KUALA LUMPUR: Polis membawa lapan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan pengambilan sampel darah dan air mani.

Dengan kawalan ketat polis, kelapan-lapan suspek lelaki terbabit dibawa masuk ke tingkat satu, Bahagian Kecemasan dan Trauma HKL, kira-kira jam 3 petang semalam.

Dua daripada mereka termasuk suspek lelaki yang ditahan selepas memeras ugut isteri seorang saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini dan berjumpa suspek utama pembunuhan Sosilawati atas urusan perniagaan, 18 Januari lalu.

Difahamkan, pengambilan sampel darah dan air mani lapan suspek terbabit dilakukan selepas Pejabat Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan polis berhubung kes berkenaan bagi dikemas kini.

Kehadiran semua suspek yang menarik perhatian ratusan kakitangan dan pesakit hospital itu, kemudian keluar dan meninggalkan hospital pada jam 5 petang sambil diiringi beberapa unit kereta peronda polis yang mengawal ketat konvoi berkenaan.

Semua mereka kini ditahan di Pusat Tahanan Sementara Polis Bukit Jalil dan tempoh reman lima daripada mereka akan tamat hari ini manakala tiga lagi pada Sabtu ini - Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive