KUALA LUMPUR, 14 Sept – Waris keempat-empat mangsa bunuh dan bakar di Banting, Selangor menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu mengenalpasti identiti mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.
Kesemua mereka termasuk ibu pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, Satinah Mokhtar, 50-an dilihat berada di HKL sejak pukul 1 tengah hari sebelum meninggalkan hospital itu satu setengah jam kemudian ditemani anak bongsunya, Azlan Shah Aziz, yang merupakan adik tiri Noorhisham berlainan bapa, serta seorang anggota keluarga mangsa yang tidak dikenali.
Turut kelihatan salah seorang anak perempuan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Kesemua mereka sebelum itu dilihat memasuki Balai Polis Dang Wangi dengan disertai isteri Noorhisham, Suzana Radim Pangat, 38, kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan berkaitan hal peribadi mereka bagi membantu siasatan.
Sementara itu malam ini difahamkan merupakan malam terakhir kenduri tahlil diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang sejak Ahad lepas.
Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. – Reuters

No comments:
Post a Comment