WASHINGTON, 10 Sept — Pastor Terry Jones, yang dilabel fundamentalis Kristian oleh Daily Mail kerana mengancam untuk membakar al-Quran esok, pernah dibuang dari sebuah gereja di Jerman kerana tingkah laku Islamofobia dan mencetuskan persekitaran “kawal dan takut”.
Dalam keputusan diumumkan semalam (waktu Florida) Jones mengumumkan keputusan menggugurkan kempennya lalu meminta mana-mana pihak juga tidak berbuat demikian.
Jones berhadapan dengan tekanan dari dalam dan luar Amerika.
Presiden Barack Obama membuat rayuan peribadi agar Jones membatalkan hasratnya yang dijadual untuk diadakan sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.
Justeru, akhbar Daily Mail melaporkan ini bukan kali pertama pastor berusia 58 tahun ini telah menarik perhatian ramai ekoran pendirian anti-Islam berikutan serangan pengganas 2001.
Bekas pengurus hotel ini merupakan penulis buku berjudul “Islam is of the Devil” dan kemudian mengasaskan Dove World Outreach Centre di Florida yang didakwa menarik mubaligh radikal.
Dan, sebelum membawa ajaran mengikut pendekatannya sendiri ke Amerika, Jones telah dikeluarkan dari sebuah gereja di Cologne oleh jemaah pada 2009 kerana bertindak sebagai fundamentalis Kristian.
Stephen Baar, salah seorang pastor semasa di gereja Christian Community of Cologne di Jerman Barat memberitahu agensi berita DPA, Jones mengharapkan jemaahnya mengikut beliau “bulat-bulat”.
Andrew Schafer, seorang pegawai yang bertanggungjawab ke atas aktiviti pemantauan gereja di wilayah Cologne berkata, jemaah yang dipimpin Jones masih melalui terapi ekoran “penganiayaan spiritual”. -TMI

2 comments:
Salam hariraya syeikh..semoga menafaatkan hari kemenangan ini
- mengejar cahaya
Salam Anon ... Salam Aidilfitri utk bro juga
Post a Comment