PUTRAJAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang seniornya dari Tingkatan Empat, pada 20 September lalu.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku ketika mangsa berada seorang diri di bilik muzik sekolah, pada jam 10 malam. Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa dikatakan didatangi seorang pelajar lelaki tidak dikenali berusia 16 tahun seperti dirasuk sesuatu terus memeluk dan mencium pipinya dari arah belakang. Katanya, mangsa yang panik dan tergamam kemudian dipaksa membuka pakaiannya, sebelum diliwat.
Pada mulanya, mangsa mengambil keputusan tidak mahu mengadu insiden berkenaan kepada pihak sekolah dan polis kerana terlalu takut dan malu sekiranya kejadian terbabit diketahui pelajar lain.
Bagaimanapun, mangsa berasa geram dan marah kerana diperlakukan sedemikian oleh pelajar senior, dan kemudian mengambil keputusan menceritakan kejadian terbabit kepada seorang guru lelaki dan ibunya, sebelum membuat laporan di Balai Polis Putrajaya, jam 2 petang, kelmarin, katanya.
Difahamkan, mangsa turut ditemani seorang guru pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.
Sumber itu berkata, polis juga sudah merekodkan keterangan mangsa dan suspek kelmarin bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan pada hari sama selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner (ACP), Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi mengesahkan polis sudah menerima laporan berhubung dakwaan kes liwat itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii tanpa kerelaan mangsa - BH

1 comment:
putra jaya lagi.... dahsyatdah tempat tu
Post a Comment