KUALA LUMPUR, 12 Sept — Laporan media yang mengaitkan penemuan empat mayat di kawasan Morib dengan kehilangan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain belum dipastikan, tetapi rakyat jelata mula mengecam tindakan membunuh kemudian membakar mayat mangsa.
Mereka yang mengikuti berita ini sejak awal pagi tadi, walaupun belum disahkan identiti mereka oleh polis, menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu yang sungguh kejam dan amat keji.
Rata-rata kesemua pembaca mengutuk tindakan itu khususnya ketika rakyat Malaysia khususnya umat Islam menyambut Aidilfitri.
Mereka berpendapat bahawa tidak kisah siapa yang menjadi mangsa pembunuhan di Morib, jika pun benar, tindakan itu tidak wajar dilakukan oleh manusia yang waras.
Negara pernah dikejutkan dengan perbuatan membunuh dan kemudian mayat dibakar ataupun diletupkan. Ini termasuk kes bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.
Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.
Penulis blog syahrilkadir yang memetik laporan media hari ini menulis, “Al-Fatihah untuk semua mangsa.”
“Aku masih tak dapat bayangkan betapa kejamnya manusia yang melakukan perkara sebegini kepada semua mangsa, percayalah ini bukan kerja binatang, kerana binatang pun masih ada sifat belasnya!” kata penulis ini yang merupakan bekas wartawan akhbar harian.
Pengunjung laman web www.benashaari.com pula membawa pandangan pengunjung yang turut mengecam tindakan sedemikian dengan berkata “manusia semakin jahil.”
Pengunjung laman web www.benashaari.com pula membawa pandangan pengunjung yang turut mengecam tindakan sedemikian dengan berkata “manusia semakin jahil.”
Seorang lagi penulis blog berkata, “aku tak tahu kenapa tapi jauh di sudut hati aku, aku harap empat mayat rentung itu tiada kaitan dengan misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Aku berharap mereka semua masih hidup!”
Pengunjungnya pula berkata, “tak kiralah apa identiti empat mayat tersebut, motif apakah sampai perlu dibunuh dan dibakar. Kita semakin kejam!”
Sementara itu blog hizamirahim.blogspot.com pula membawa reaksi: “Inna lillah wa inna ‘ilaihi raji’un. Ya Allah! Biar betul?”
Laman denaihati,com yang mengumpulkan senarai mesej Twitter pula berkata, “dalam perbincangan aku dengan kenalan aku itu pun memang kami dah jangka sesuatu yang buruk telah berlaku tetapi aku sendiri tak berani pandai-pandai buat cerita selalgi belum disahkan oleh pihak berkuasa.”
“Kita tunggu dan doakan yang terbaik. Setiap kejadian pasti yang ditetapkan tuhan pasti ada sesuatu untuk kita semua pelajari.“Apa yang belaku sangat menyedihkan terutama di bulan yang mulia Ramadan dan Syawal. Manusia sanggup buat apa sahaja demi WANG,” kata mesej itu.
Mesej dalam Twitter dari laman web itu pula berkata, “dunia sudah kiamat! Ya Allah, ampunilah dosa umatMu sekalian.”
Laporan Bernama menyebut sejak awal pagi ini pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu dekat Banting.
Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.
Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.
Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.
Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.
Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.
Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.
Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya - TMI.
No comments:
Post a Comment