Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM: Meskipun penamaan calon belum bermula jelas wujud dua kem yang berbeza antara Ketua PKR Selangor Azmin Ali dan Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua – Timbalan Presiden.
Namun bagi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang pernah disebut-sebut mahu bertanding jawatan itu berpendirian untuk tidak menyatakan sokongan terhadap Zaid mahupun Azmin.
"Saya tidak sokong mana-mana," katanya ringkas ketika ditanya pemberita siapa calon yang disokong beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco semalam.
Menurut Khalid, proses berkempen dijalankan kedua-dua calon adalah perkara biasa dan sesuatu yang menyihatkan.
Beliau menolak dakwaan persaingan merebut jawatan nombor dua itu bakal membawa perpecahan dalam PKR.
"Kempen ini sesuatu yang biasa. Jika tiada kempen orang tidak kenal satu sama yang lain. Itu keadaan yang sihat..inilah demokrasi yang bergerak dalam PKR.
Ketua Cabang Kuala Selangor
"Jika nak berkempen semua boleh berkempen," katanya yang turut bertanding dalam mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor.
Jawatan nombor dua parti mendapat saingan hebat daripada pemimpin tertinggi parti walaupun penyandang jawatan itu Syed Husin Ali masih belum mengumumkan pendiriannya.
Azmin yang belum membuat sebarang pengumuman bertanding, mengorak langkah awal dengan menerima sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Negeri Sembilan.
Manakala Zaid pula, menerima nasib sebaliknya berkata nasib politiknya mungkin akan terkubur seperti apa yang dialami oleh Tun Ghafar Baba pada pemilihan Umno pada 1993 yang terpaksa menarik diri mempertahankan jawatannya akibat taktik kotor pihak lawan.
Zaid juga mendakwa seorang ‘blogger upahan’ telah dibayar RM20,000 untuk memburuk-burukkannya
"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan jumlah pencalonannya tidak cukup dan terpaksa menarik diri," kata Zaid. - FMT

No comments:
Post a Comment