Antara yang menyertai majlis tahlil dan doa selamat buat Datuk Sosilawati
Shahrizat memeluk anak kepada pemandu Datuk Sosilawati.
Anak Datuk Sosilawati - serba putih
Shahrizat memeluk anak kepada pemandu Datuk Sosilawati.
Anak Datuk Sosilawati - serba putih
Sidang akhbar dilperkarangan rumah Datuk
Satu majlis tahlil dan doa selamat telah di adakan oleh Pergerakan Wanita Umno Malaysia di rumah hartawan Datuk Sosilawati pada jam 11.30 tghari tadi.
Kira-kira 500 ahli pergerakan tersebut dari seluruh negara telah menghadiri majlis yang diketuai oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Semasa sidang akhbar yang diadakan diperkarangan kediaman hartawan tersebut, Shahrizat mengakui bahawa Datuk Sosilawati bukan lah salah seorang dari ahli pertubuhan tersebut tapi walaubagaimanapun dia (Sosilawati) banyak membantu dan selalu bekerjsama dengan pergerakan tersebut.
"Pergerakan Wanita Umno mengucap takziah kepada keluarga Datuk atas kejadian ini" kata Sharizat.
Sambil memngucapakan syabas dan terima kasih kepada pihak polis, beliau meminta agar polis teruskan siasatan dan membawa sesiapa saja yang terlibat kemuka pengadilan.
"Ini adalah satu 'wake-up call' pada semua. Adalah menjadi tanggung jawab bersama untuk membenteras jenayah. Rakyat Malaysia tolak budaya gengstariam" kata Shahrizat lagi.
Beliau selanjutnya berharap agar pihak polis dapat menyelesaikan siasatanya (kes ini) secepat mungkin dan jika sabit kesalahan biarlah dikenakan hukuman yang paling maksima.
No comments:
Post a Comment