Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tetap tidak memberi jawapan, sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan Presiden parti atau tidak, dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini. Malah, beliau juga enggan menyatakan pendiriannya berhubung jawatan Timbalan Presiden partinya, yang dijangka bakal menyaksikan pertarungan sengit, antara Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim.
Sebaliknya, dengan nada berjenaka Anwar (gambar kiri) berkata suara-suara yang mendesak supaya dirinya bertanding bagi kerusi Presiden PKR mungkin disyorkan oleh UMNO. Menurut beliau lagi, kemungkinan ini tidak dapat dinafikan apabila UMNO ingin melihat PKR mengikut jejak dan langkah mereka apabila menghadapi pemilihan dalam parti.
"Persidangan Agung Cabang juga belum dimulakan. Begitu juga di peringkat negeri. Belum diputuskan samada pencalonan untuk jawatan tersebut akan dibuat atau tidak."
"Mungkin ini adalah syor dari unsur dalaman UMNO supaya jawatan Presiden ini dipertandingkan. Sehingga ini kita belum membuat apa-apa keputusan lagi. Biarlah persidangan agung parti bermula dahulu dengan lancar dan sempurna," katanya.
Anwar berkata demikian ketika bercakap kepada media semasa menghadiri majlis sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran PKR Negeri Pulau Pinang di tapak ekspo Seberang Jaya tengah hari tadi ... seterusnya
No comments:
Post a Comment