24 September 2010

TERKINI : Polis serbu Gedung Kartun Zunar

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Polis didakwa sedang menyerbu pejabat kartunis Zunar iaitu Gedung Kartun di Brickfield dipercayai ada kaitan dengan keluaran karya terbaru mereka Cartoon O-Phobia.

Perkara itu dimaklumkan Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang sedang bergegas ke sana.

"Polis sedang serbu pejabat Gedung Kartun di Brickfield sekarang, saya sedang bergegas ke sana," katanya melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS sebentar tadi.

Menurutnya pejabatnya yang juga menempatkan Gedung Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

Peguam Latheefa Koya juga difahamkan sudah berada di sana.

Selain di geledah, web Malaysiakini melaporkan sebanyak 70 naskah buku terbaru tersebut juga dirampas.

Mengikut jadual Cartoon O-Phobia akan dilancarkan malam ini di Dewan Perhimpunan Cina-Selangor (KLSCAH) dan akan dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Cartoon-O-Phobia mengandungi 100 muka surat dan semua lukisan di dalamnya adalah berwarna penuh dengan memuatkan isi yang lebih pedas dan tajam berbanding buku-buku sebelumnya.

Buku ini dijual dengan harga pasaran RM25 dan juga boleh dibeli secara online di web tersebut.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan Cartoon-O-Phobia diilhamkan apabila Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku-buku kartunnya iaitu 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.

Secara peribadi jelasnya, buku ini adalah lebih pedas, tajam dan padat berbanding dengan buku-buku beliau sebelum ini - Harakah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive