29 November 2010

Ini lah cakap-cakap orang politik ...

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Datuk Zaid Ibrahim yang keluar PKR baru-baru ini dan mahu menubuhkan parti yang baru menafikan pihaknya pernah mengajak bekas naib presiden Mustaffa Kamil Ayub agar menyertai pihaknya untuk meneruskan perjuangan dari luar parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Sudah pasti tidak, pada bila-bila masa Datuk Zaid atau saya atau mana-mana orang kanan Datuk Zaid ada membuat tawaran kepada Mustaffa supaya keluar PKR dan menyertai parti baru yang hendak ditubuhkan, tidak, sama sekali tidak,” kata pembantu politik kepada Zaid, Muhammad Firdaus Christopher ketika dihubungi.

Kata beliau, pihaknya tidak pasti kemungkinan ada pihak luar yang mengadakan perbincangan dengan Mustaffa dan jika ada ia tidak boleh dikaitkan dengan Zaid.

“Tetapi bukan daripada kami. Beliau (Mustaffa) memberikan gambaran yang salah (kononnya diajak orang Zaid),” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, Muhammad Firdaus juga berkata, pihaknya tidak mahu menerima mana-mana individu yang tiada kredibiliti, merujuk kepada pendirian Mustaffa yang memberikan kata dua 48 jam kepada pucuk kepimpinan PKR agar pemilihan pusat dibatalkan dan diadakan semula tetapi meneruskan saingan dengan protes.

“Isunya ialah soal kredibiliti, kalau tiada kredibiliti macam mana (kita hendak menerima), kita tidak mahu orang yang suka ‘flip-flop’... bukannya seseorang yang merestui ketidakadilan, berbohong,” kata beliau.

Zaid meninggalkan PKR selepas menarik diri daripada saingan jawatan timbalan presiden.

Mustaffa juga memberikan kata dua 48 jam kepada PKR agar mengatasi masalah yang dibangkitkan berhubung kecacatan dan kepincangan yang wujud.

Dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR semalam, Mustaffa berkata, beliau akan terus bersama parti itu, sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan komponen PR itu.

Mustaffa berkata beliau telah memutuskan untuk terus bersama meskipun ada diajak oleh penyokong Zaid dan juga orang Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalah dalam pertandingan adalah satu perkara biasa. Bila bertanding kita perlu bersedia sama ada akan menang atau kalah.

“Jangan salah faham bila saya buat aduan, walaupun pahit ditelan saya harus beritahu mengenai kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti.

“Saya buat aduan bukan sebab nak lemahkan parti tapi mahu supaya menjadi model contoh kepada Pakatan Rakyat,” kata bekas naib presiden ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini.

Mustaffa menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama PKR demi perjuangan kepada rakyat.

“Kali ini, betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.

“Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita,” katanya.

Jawatan timbalan presiden dimenangi oleh Azmin Ali - TMI
MS : Ni kita tak percaya siapa ni .. Mustaffa atau Zaid? Apakah ini dah menjadi trend cakap-cakap orang politik? Kalau ahli politik mesti kena 'kencing' ... kalau tak pandai 'kencing' jangan jadi ahli politik ... macam tu ka?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive