29 November 2010

Macam ni yang buat pengundi menyampah ni ...

MS : Antara sebab musabab yang boleh buat orang meluat pada PKR. Maaf aku bercakap berdasarkan cerita ini. Aku tak kenal Razali dan aku tak kenal YANG BERHORMAT (hahaha)
Azan Ismail.

Pasai apa jadi macam ni? ... mungkin sebab Razali menentang Azan dalam pemilihan Ketua Cabang baru-baru ini ...kemungkinan besar ... tapi kenapa masih berdendam?

Hangpa ingat baik sangat ker perangai macam tu untuk parti? Cerita-cerita pergeseran antara pemimpin ni hangpa ingat pengundi tak ambil kisah ker? Dey bro, semua tu diperhatikan oleh pengundi bro, jangan ingat pengundi akan memangkah lagi dalam pRU13 kalau perangai wakil rakyat depa lebih kurang macam orang umno juga, bergaduh kerana nak pangkat ...Ingat lah bro, PRU 13 semakin hampir.

Aku nak tengok apa Azan atau orang-orang Azan nak jawab. Kalau ya Razali salah, aku bedal Razali pula nanti sebab aku tak menyebelahi mana-mana pihak, apa yang aku mahu Pakatan dapat menumbangkan Najib bersama umno BNnya pada PRU 13 nanti.
Untuk semua pemimpin pakatan, hangpa dah ada pimpinan baru, hangpa baru saja melepaskan/meluahkan apa saja yang tak kena selama ini dalam kongres hangpa baru-baru ni dan hangpa juga telah berikrar untuk bersatu, bersatu untuk menumbangkan BN dalam PRU 13 nanti ... insyaallah ... jadi bekerjalah dengan molek biar rakyat suka. Yang nak memangkah nanti adalah rakyat, bukan dari kalangan pemimpin. .... Jangan bagi rakyat meluat ya !!!

Oleh Muda Mohd Noor - Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang, Razali Alias mendakwa beliau bersama empat lagi wakil cabang Indera Mahkota, Pahang tidak dibenarkan menjadi perwakilan kongres parti di sini.

PKR mengadakan kongres nasional selama tiga hari mulai Jumaat lalu di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Razali mendakwa Ketua Indera Mahkota, Azan Ismail yang juga ahli Parlimen menjadi dalang di sebalik peristiwa tersebut.

"Azan telah membantah nama saya dan empat yang lain sebagai perwakilan, beliau juga menukar kepada lima nama lain.

"Semasa mendaftar sebagai perwakilan, saya telah menunjukkan surat pengerusi tetap PKR cabang Indera Mahkota yang dihantar kepada Setiauusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyebut saya dan empat lagi sebagai perwakilan Indera Mahkota.

"Ketika itu, Azan membantah dan menuduh saya penipu dan meminta pengawas tidak menerima saya sebagai perwakilan.

"Saya kemudiannya merujuk kepada Setiausaha Pengelola Pemilihan PKR, Radin Shamsul Kamar tetapi dia bertindak membatalkan nama saya sebagai pewakilan dan meletakkan saya sebagai pemerhati.

"Bagaimanapun, lima nama cadangan Azan itu juga diletakkan sebagai pemerhati," katanya.

Razali menentang Azan dalam pemilihan jawatan ketua cabang Indera Mahkota pada 18 September di mana beliau kalah dengan 35 undi.

Bagaimanapun, nama beliau dipilih sebagai perwakilan Indera Mahkota untuk kongres PKR di Petaling Jaya.

Beliau juga mendakwa, Setiausaha PKR Indera Mahkota, Bakri Salim dengan persetujuan Azan telah menghantar nama lain sebagai perwakilan cabang itu.

Ketika dihubungi hari ini, Razali berkata, beliau akan menghantar laporan rasmi kepada parti dalam masa terdekat.

Azan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut .

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive