24 November 2010

Lagi projek 'perabih' duit rakyat

Misi kedua ke angkasa lepas diteruskan, tempoh lebih lama

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Malaysia merancang supaya angkasawan keduanya berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama beberapa minggu atau bulan, namun misi kedua ke angkasa lepas ini berkemungkinan tidak dilaksanakan dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya bukan dalam beberapa tahun akan datang.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Dr Mustafa Subari berkata masa diperlukan untuk menyediakan maklumat berhubung persediaan dan bagi proses rundingan dengan bakal rakan usaha sama.

Beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum misi itu boleh dilancarkan, termasuk perkongsian dan jenis eksperimen yang akan dikendalikan di atas ISS, katanya kepada Bernama. Beliau bagaimanapun, memberi jaminan bahawa program itu telah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan, mengambil kira manfaat yang akan dibawanya kepada negara.

“Ia masih berjalan namun tidak akan dilaksanakan dalam beberapa tahun akan datang, mungkin pada penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Namun begitu komitmen yang diberi oleh kerajaan mengikut RMK-10 adalah permulaan yang baik,” katanya. – Bernama
MS: Kalau dulu depa bawa roti canai keangkasa, kali ni nak bawa apa pula? Nasi kandaq kot?

1 comment:

Anonymous said...

gedebe gedebe kat kem sains tak tahu malu ke?

balak dalam sungai sepanjang 50 batu dalam sg rajang tak dapat nak dikeluarkan, ini pulak nak gi buat
eksperimen di space


mentri sains yang bongok lagi bahlol
dengan saintis luncai di kem sains
mahu cari glamer tapi tak de kebolehan yang berguna.


too much teori- no useable output
ng masa cerita pasal space
problem atas bumi nyata pun tak bolih handle


khong khek khuat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive