Oleh G ManimaranNovember 11, 2010KUALA LUMPUR, 11 Nov — Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiada pilihan lain kecuali memanggil pemilihan baru bagi mengembalikan kredibilitinya sebagai sebuah parti masa depan, kata pemimpin Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI).
NIEI berpendapat PKR perlu bersikap terbuka dalam mempertimbangkan perkara tersebut, walaupun pedas untuk diterima, memandangkan rakyat khususnya mereka yang pernah mengundi komponen Pakatan Rakyat itu mengharapkan satu pemilihan yang benar-benar sifar masalah dan kepincangan.
Ketika ditemui The Malaysian Insider, Pengerusi NIEI Amin Iskandar berkata, PKR pernah bercakap akan memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) jika memerintah negara pada satu masa nanti.
Malangnya kata beliau, PKR kelihatan sudah tidak mampu dan telah gagal mengadakan pemilihan parti tanpa kecacatan dan kelemahan ketara yang didakwa wujud.
“Nampak mengarut... sungguh memalukan, saya cakap terus terang, saya tiada kepentingan dan saya tidak memihak sesiapa, ini yang berlaku dalam PKR sekarang.
“PKR kata hendak memperkenalkan sistem demokrasi yang lebih baik (berbanding amalan BN), tetapi mereka sendiri sudah tidak mampu untuk menunjukkan teladan baik kepada negara dan rakyat,” kata beliau ketika ditemui malam tadi ... seterusnya

1 comment:
salam
pelik tapi benar!
mengapa bangang benar pemimpin PKR ni, sanggup menggunakan senjata musuh untuk menyerang kawan sendiri.
mereka sanggup menggunakan media umno demi kepentingan peribadi..
apa lagi... buka main gembira dan mula lah adegan putar belitlah tv3,rtm, utusan meloya, berita hairan.
memang kau orang kurang cerdik!!!!
Post a Comment