PETALING JAYA, 7 Nov: Sistem keselamatan dan integriti yang diperkenalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan bahawa dakwaan Haris Ibrahim adalah berniat jahat.
"Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas-kertas undi ini digunakan semula," ujar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Begitupun, katanya PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Haris, pemilik blog The People's Parliament, http://harismibrahim.wordpress.com kerana menganggap dakwaan liar untuk membantu proses mematangkan parti.
Dakwaan itu selepas aktivis sosial Haris yang mendakwa wujudnya jual beli kertas undi kepada kem Azmin Ali sejak 29 Oktober lalu disifatkan Saifuddin mengeluarkan kenyataan liar, semalam.
Menurut Saifuddin, kertas undi tersebut mungkin dikeluarkan dari pusat pengundian oleh pengundi berdaftar itu sendiri.
"Membuang undi bukanlah sesuatu yang wajib, mungkin pengundi sendiri membawa keluar kertas undi," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.
Katanya, kedua-dua kemungkinan itu masih tidak boleh mengakibatkan berlakunya manipulasi pada proses pengundian.
Ahli Parlimen Machang itu menambah, setiap kertas undi untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua AMK dan calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) terdapat nombor siri.
Katanya, kertas undi di Kedah tidak boleh dibawa ke Sabah kerana nombor siri berbeza.
Begitu juga, jelasnya warna kertas undi pada minggu ini berbeza dengan minggu lalu.
"Kalau Haris ada kertas undi warna putih (minggu) lalu, ia tidak boleh digunakan pada minggu ini.
"Saya tidak boleh beritahu warna kertas undi minggu depan, takut Haris cetak," ujarnya seloroh HD

1 comment:
Yob, siasat betul2 sebelum buka mulut buat statement. Tak kira orang besor macam SU atau orang biasa macam Haris. Jangan nak percaya membuta tuli. Tak ade kawan dalam politik. Kawan sentiasa tikam kawan jika terlebih percaya.
Bila timbul persoalan "siapa berbohong" sama ada SU atau Haris, kredibiliti sistem sudah terjejas. Lebih2 lagi ahli PKR bukan ramai sangat. Balik2 orang tu jugak yang urus. Jadi kalau nak menyimpang dari garis keadilan, mudah je nak sorok jejak. Kalau orangnya berbeza2, mungkin susah nak temberang semua.
Lebih baik buat siasatan menyeluruh. Mana2 cabang yang disyaki menipu, kena undi semula. macam SPM, jika ade kertas bocor, subjek kena periksa semula. Bukan seluruh SPM itu batal.
Itu pandangan Yong yang amat mengharap PR boleh tumbangkan BN pada PRU13. Ingat ye anda yang berangan2 nak jadi calun PRU13, kemenangan anda bukan di tangan segentir yang mengundi anda dalam parti, tapi kami pemilih2 diluar parti!Kami penyokong PR sentiasa menilai kelakuan anda.
Post a Comment