
Peratusan keluar mengundi setakat minggu ketiga iaitu seminggu selepas Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada terus bersaing jawatan timbalan presiden adalah 8.4 peratus. Sebelum itu kadarnya sekitar lapan peratus, demikian menurut Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.
Persoalan mengenai aspek itu berterusan ketika PKR sudah berada di penghujung untuk mengakhiri pemilihan pusat, yang menggunakan sistem pemilihan langsung yang dilihat bersejarah dalam arena politik negara ini.
Hari ini adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian.
Baki 37 cabang melangsungkan proses pengundian iaitu 13 di Johor, tujuh di Selangor, satu di Sabah dan 16 lagi di Sarawak. Proses pengundian yang bermula 10 pagi akan berakhir 4 petang nanti ,,, seterusnya di The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment