23 December 2010

1Malaysia : Bukan Takut Tapi Orang Meluat - Hangpa yang syok sendiri

1Malaysia : Bukan Takut Tapi Meluat Muyidin aii ...

Muhyiddin kata Pakatan Rakyat takut terhadap 1Malaysia yang (kononnya) dilhamkan oleh Najib Razak, yang sah-sah menipu rakyat satu Malaysia. Padahal terdapat juga 1Israel dan 1Indonesia yang turut menggunakan logo yang sama, malahan 1Indonesia turut menggunakan slogan yang hampir sama. Jadi siapa yang nak percaya pembohongan tu ...

Sebenarnya konsep 1Malaysia sekadar ingin mempopularkan Najib. Apa ada pada 1Malaysia yang benar-benar memberi manafaat pada rakyat secara langsung? Tidak ada sedikit pun yang aku nampak.

Sana sini kita nampak dan dengar 1Malaysia ... cuma yang belum ada, dan mungkin dalam perancangan Tandas 1Malaysia ... Salam 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, pasukan Formula 1 1Malaysia.... apa kebenda semua tu? Tak ada faedah sikit pun pada rakyat, cuma hangpa saja syok sendiri, dan nak perabih duit rakyat.

Aku masih ingat masa mula-mula 1Malaysia dilancarkan, habis dikerah semua GLC untuk membeli ruang iklan semuka penuh di akhbar-akhbar perdana bagi memuatkan ucapan tahniah pada Najib kerana melancarkan 1Malaysia ... apa semua tu? Bukankah untuk mengipas, membodek, mempopularkan Najib?

Dan berkatalah Najib, 1Malaysia diterima ramai. ... ini macam pepatah "Masuk Bakul Angkat Sendiri" la ni. Macamana tak diterima ramai dah hangpa sendiri yang paksa ...

Sebab itu lah Tan Sri Khalid mengharamkan 1Malaysia di Selangor, sebab rakyat tak mendapat apa-apa dari 1Malaysia, sebaliknya hangpa saja yang syok sendiri - Metro Maya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive