09 December 2010

Kepala bapak hang lah ... sejak bila hangpa ambil kira beban pengguna ni?

Naik tarif elektrik ambil kira beban pengguna, kata Najib
MS : Ni, jangan bercakap sedap mulut saja la najib ooiii, sejak bila hangpa pernah ambil kira beban pengguna? Naikkan minyak, naikkan gas, naikkan gula ... ooopppsss bukan naikkan tapi 'selaraskan' ... selaras kepala bapak hangpa. Kurangkankan subsidi, kurangkan tanggungan kerajaan konon ... yang hangpa belanja ke arah benda-benda lain boleh, ... subsidi asik kena potong ... bila potong subsidi sapa yang kena tanggung? bukan rakyat?
Kalau betul ambil kira bebanan rakyat, hangpa tak naikkan harga minyak, tak naikkan harga gula. Ada hangpa tau susah senang rakyat kat bawah ni? Bila rakyat rasa susah, nak keluar luahkan kemarahan hangpa guna 'anjing-anjing' yang cukup terajar untuk belasah sapa saja yang dapat. Bila dipertikai, jawabnya hanya minima, tidak keterlaluan.
Sebagai rakyat, kami tidak punya kuasa apa-apa, hangpa tutup setiap saluran untuk kami menyuarakan ketidakpuasan hati kami. Keluar kejalan raya berdemo hangpa tangkap. Kutuk hangpa lebih-lebih hangpa tangkap. Apa lagi yang boleh kami lakukan? Kami tak punya apa-apa lagi. Sekadar terus hidup dibawah ketiak pemerintah yang gilakan kuasa dan wang ringgit.
Lalu hangpa berkata, kami masih punya kuasa untuk tentukan kerajaan melalui pilihanraya ... hahaha sedap sangat ayat tu ... tapi malang nya dalam pilihanraya juga hangpa 'kencing' lagi kami ...
Itu lah nasib kami sebagai rakyat Malaysia di bawah pimpinan UMNO/BN @ Najib Razak
PUTRAJAYA, 9 Dis – Datuk Seri Najib Razak berkata sebarang kenaikan kadar tarif elektrik akan mengambil kira kos dan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Perdana Menteri berkata walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

“Tidak boleh ... kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta ... tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.

Peter Chin berkata kerajaan, pada prinsipnya, bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat. – Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive