06 December 2010

Sultan Kelantan Lucut Dua Pingat Darjah Kebesaran Tengku Razaleigh

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V perkenan menarik balik dua pingat darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada tokoh politik negara, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K)(Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I). Pada sidang media di Istana Balai Besar, di sini, Ahad malam, SetiausahaKerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuatkuasa 2 Disember lalu.

Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskankepada keluarga diraja.

Mohd Aiseri juga mengumumkan penarikan balik tauliah pelantikan Ahli YangKedua (Dato' Paduka) bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia(D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) daripada Dr Yaacob Hussain Merican, 72, sertapelantikan Jaksa Pendamai (J.P.), juga berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Tengku Razaleigh, 73, Ahli Parlimen Gua Musang, adalah datuk saudara kepadaSultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

"Menjunjung titah perintah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad VAl-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa baginda telah mengampuni perkenanmenarik balik darjah kebesaran dan anugerah kedua-dua individu itu," katanya.

Menurut Mohd Aiseri mereka yang terbabit dalam penarikan balik darjahkebesaran itu telah dimaklumkan melalui surat serahan tangan sehari selepas itu.

Beliau berkata penarikan balik darjah kebesaran itu adalah hak bagindaSultan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda.

Difahamkan Tengku Razaleigh dikatakan mengeluarkan kenyataan menyinggungperasaan Tuanku melalui siaran akhbar berbahasa Cina pada 14 Septemberlepas kerana meragui pelantikan Tuanku sebagai Pemangku Raja.

Manakala Yaacob mewakili anak guamnya dalam mengemukakan saman terhadappelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 Oktober lepas.

Pada Oktober lepas, Sultan Muhammad ke-V menarik balik anugerah dan darjahkebesaran daripada empat individu termasuk gelaran 'Datuk' kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.

Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed ShafieTengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai SultanKelantan pada 13 September lalu. - BERNAMA

3 comments:

otaklunyai said...

Bagus!!! Tahniah dan Syabas kepada Tuanku Baginda Sultan Muhammad V... ALLAH HU AKBAR!!! 3X. Semoga Allah S.W.T akan terus memberkati dan melindungi kerajaan Tuanku dan tunjukkan siapa lagi pengkhianat2 dalam selimut dalam kerajaan Tuanku.

otaklunyai said...

eloklah tu... lain kali kalau nak bagi darjah ke bintang ke kena buat satu independence performance audit... jangan dok bagi je... barulah ada nilai anugerah itu... kena buat satu hijrah... ini jasa tak seberapa, cuma pandai putar sana sini, pandai tunjuk muka sana-sini dah dapat bintang/darjah...

Walaubagaimanapun, Syabas Tuanku, ALLAH HU AKBAR!!! Semoga Allah S.W.T memelihara Tuanku, keluarga Tuanku dan kerajaan Tuanku dan memeliharanya dari segala pengkhianat yang masih menempek dalam kerajaan Tuanku. TAKBIR!!!

Anonymous said...

Salam,

sultan berjiwa rakyat

KLIK SINI: MAHLIGAI GAYA BALI DAN DR GIGI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive