Salah sorang dari 7 lanun Somalia yang ditangkap oleh TLDM kita ketika menawan kapal dagang Malaysia di perairan Teluk Aden baru-baru ini tiba di pelabuhan kelang untuk menghadapi perbicaraan di Malaysia.
Tujuh rakyat Somalia yang diberkas oleh anggota tentera Malaysia semasa cuba merompak sebuah kapal Malaysia di Teluk Aden pada 20 Januari lepas, tiba di Pelabuhan Klang pagi ini untuk menghadapi kemungkinan didakwa di negara ini.
Mereka tiba dengan sebuah kapal sebelum dibawa dengan sebuah bas pada 9.15 pagi, diiringi beberapa kenderaan polis dari Terminal Cecair Pukal ke Pangkalan Polis Marin di Pelabuhan Klang dan kemudian ke pangkalan Polis Marin Pandamaran, sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan meneruskan siasatan dan mendapatkan keterangan sebelum mengemukakan laporan kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin.
Dalam kejadian pada 11.40 malam 20 Jan itu, anggota tentera Malaysia yang ditugaskan memberi pelindungan kepada kapal-kapal minyak dan dagang negara ini yang melalui perairan Teluk Aden dekat Somalia, telah menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel yang ditawan oleh tujuh lanun dari Somalia itu yang bersenjatakan senapang dan pistol.
Kesemua 23 tiga anak kapal terselamat manakala tiga daripada lanun itu cedera dalam kejadian tembak menembak.
--Bernama

No comments:
Post a Comment