12 January 2011

Khir Toyo kembalikan Dato' Seri ... hahaha tunjuk baik konon

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah memulangkan sementara darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Dato' Seri.

Katanya, beliau telah telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS).

"Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salahguna kuasa," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini.

'Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," tambahnya.

"Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut," kata Dr Mohd Khir yang turut melepaskan jawatan ketua pembangkang DUN Selangor baru-baru ini.

"Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Dato Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir bin Toyo sahaja," tulisnya.

Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Mohd Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini. - malaysiakini
MS: 'Pulangkan sementara' hahahaha ... bukan pulangkan ... sebab Toyo percaya dia akan didapati tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan kepadanya, sebab tu pulangkan SEMENTARA ... kerana dia masih lapaq pada gelaran tu. Dari awal lagi rakyat dah tahu permainan politik puak-puak umnoapco ni ... Memang semua tak boleh percaya ... Haramjadah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive