28 January 2011

Peneroka Felda Chempelak dapat RM300 dari SUK?

198 peneroka Felda dapat surat palsu terima duit RM300 daripada Pejabat SUK

LABIS: Ada pihak dikesan menggunakan taktik kotor memburukkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan mengedarkan surat palsu kepada 198 peneroka di Felda Chempelak Barat, di sini. Surat berkenaan dipos ke rumah peneroka dan menjemput mereka ke Dewan Serbaguna Labis bagi menerima bantuan wang tunai RM300 setiap keluarga yang kononnya diberikan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor. Ia menggunakan kepala surat Majlis Daerah Labis (MDL) dan ditandatangani Setiausaha MDL, Mohd Farid Kassim bertarikh 24 Januari dengan penerima diminta hadir ke majlis itu mulai jam 9 pagi ini.

Peneroka juga diminta membawa surat berkenaan selain kad pengenalan yang perlu diserahkan kepada kakitangan di pintu masuk dewan serta menegaskan kehadiran mereka ke majlis itu amat diperlukan bagi kemenangan BN.

Pengedaran surat itu didedahkan ketua kampung berkenaan, Ahmed Ali, 63, yang berkata beberapa penduduk datang ke rumahnya untuk bertanyakan kesahihan surat berkenaan yang diterima secara pos pagi semalam.

Ahmed berkata, penduduk yang keliru menerima surat berkenaan mahukan kepastian sebelum beliau sendiri Mohd Farid yang menyatakan surat itu palsu dan membuat laporan polis di Balai Polis Labis, kira-kira jam 11 pagi semalam.
“Saya juga membuat laporan polis jam 3 petang tadi (semalam) kerana tidak mahu ada peneroka di Felda Chempelak Barat terpengaruh dengan dakyah ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata taktik itu satu daripada usaha terdesak pihak tertentu yang mahu membuatkan rakyat terutama di Felda membenci kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R S Thanenthiran turut membuat laporan di Balai Polis Labis mengenai tindakan sebahagian ahli parti yang menggunakan nama parti untuk menyokong calon PAS, Normala Sudirman.

Beliau mendakwa tindakan itu didalangi bekas Setiausaha Agung organisasi berkenaan, R Kannan yang menyamar sebagai presiden, sedangkan Kannan tidak lagi memegang jawatan itu selepas dipecat bersama 13 yang lain pada 20 Januari lalu kerana melanggar peraturan parti.

Sambil mengakui anggota parti itu kini berpecah kepada dua kelompok, Thanenthiran berkata, pihaknya sudah menggerakkan jentera dengan bantuan kira-kira 100 ahli bagi membantu calon BN, Mohd Azahar Ibrahim. - BH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive