28 January 2011

PRK Tenang : BN nak buat Highway 8 Lorong dari Tenang ke Labis ...


MS: Kalau ya pun nak serang, guna la peluru yang hebat sikit. Lagi pun yang bertanding tu si Cikgu Mala, bukan laki dia, awat hangpa pi kacau laki dia tu. Nampak sangat la hangpa ni dah tak dak modal dah ... nak serang Mala sendiri tak der apa yang boleh, lalu isu laki dia cuti pun hangpa bedal ... Cerita la nak buat jalan 8 lorong dari Tenang ker Labis ker, highway kat dalam ladang kelapa sawit ker, Lapangan Terbang Antarabangsa Labis ker ... baru ada uummph sikit, ni cerita pasai MC ...huahuahuahuha ... memang hangpa dah kering modal ... kesian sungguh aku tengok hangpa ni BN ooii

Cuti sakit: BN terdesak guna suami serang Cikgu Mala, kata PAS
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

LABIS, 28 Jan — PAS menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang suami calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman - dengan menjadikan soal cuti sakit bahan kempen DUN Tenang — sebagai satu “serangan terdesak” untuk meraih sokongan pengundi selepas gagal dalam isu bersalam.

Dalam laporan beberapa akhbar arus perdana hari ini, Makrof Abdul Mutalib suami kepada Normala dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Makrof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat di sini.

Ia diikuti cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari lalu, dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Menurut Bendahari PAS pusat Dr Mohd Hatta Ramli, serangan terhadap Makrof itu dilihat BN sudah tidak mempunyai “modal” dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.

“Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar (hari ini) menunjukan salinan MC (surat sijil sakit).

“Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah (tempat Makrof mengajar) boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

“MC adalah personal antara majikan dan pekerja, dalam MC itu tidak sebut apa penyakit... tidak berikan kata penyakit apa. Apa yang ada masalah kemurungan, bukan satu penyakit yang teruk,” kata beliau.

MENYUSUL LAGI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive