28 January 2011

PRK Tenang : PAS hampir pasti beroleh kejayaan

oleh Pemerhati Tenang
Di awal permulaan berkempen sebaik selesai penamaan calon, kita sudah menjangkakan yang UMNO/BN tidak punya banyak isu untuk diketengahkan bagi menghadapi PAS. Isu yang paling hangat dimulakan apabila Chua Soi Lek mempertikai cara bersalam calon PAS, Puan Normala Sudirman @ Cikgu Mala. Itu antara isu yang paling hangat dikejutkan oleh pihak BN. Maka rata-rata pemimpin UMNO terikut-ikut rentak raja porno itu, seolah-olah mereka terlupa, cara bersalam cikgu Mala adalah tuntutan agama - bukan muhrim tidak boleh bersentuhan. Termasuk lah MB Johor, TPM mengiyakan apa yang dikatakan raja porno itu. Itu belum dikira yang bukan Islam.
Dalam sibuk-sibuk pemimpin UMNO mengheret isu itu kesegenap pelusuk Felda, dan seluruh Tenang sebagai modal besar berkempen, tiba-tiba mufti yang dipercayai orang harapan UMNO sendiri telah 'menembak' CSL bersabit isu tersebut. Harussani yang sebelum ini tidak pernah menyebelahi PR, telah meminta CSL memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana membangkitkan isu tersebut. Terkedu semua pemimpin UMNO, diam seribu bahasa, kerana dibedal oleh orang mereka sendiri.
Isu bersalam reda. CSL 'hilang' entah kemana. Namun mereka terus menggunakan isu Islam untuk menakut-nakutkan yang bukan Islam, dan yang Islam pula terus memburukan Pakatan Rakyat khususnya PAS dengan mendakwa Tenang tidak akan maju andai di bawah PAS. Satu omokan kosong yang tidak akan dapat memberi kekuatan untuk menarik pengundi memberi sokongan mereka kepada BN.
Sesungguhnya tiada projek besar dapat dibawa TPM ke Tenang kali ini. Tiada jambatan, tiada sekolah - mungkin juga kerana janji-janji terdahulu juga masih belum tertunai mungkin, jadi secara langsung atau tidak langsung ini memberi kekuatan kepada PR/PAS. Ditambah pula dengan dakwaan demi dakwaan salahlaku calon mereka Azahar, semasa beliau berkhidmat dahulu.
Disebabkan oleh sudah ketandusan isu yang hendak diketengahkan, demi untuk meraih sedikit sokongan, hari ini timbul pula isu cuti sakit suami cikgu Mala. Apa perlunya isu cuti sakit itu pula dimainkan? Yang bertanding si isteri, bukan si suami.
Jadi dalam pemerhatian saya sejak dari hari penamaan calon minggu lalu, PAS punya kelebihan untuk menawan DUN Tenang, insyallah
Selamat mengundi

1 comment:

Anonymous said...

Bookie judi Johor Bharu meramalkan bahawa BN akan menang dengan majoriti 5500 ke 6200 undi...harap harap ini tidak terjadi...teruskan kerja kuat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive