JOHOR BAHRU 15 Jan. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini mungkin menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila tiga borang pencalonan telah dibeli setakat ini.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, Othman Noh berkata, borang yang berharga RM20 bagi setiap set itu dibeli oleh tiga individu yang mewakili beberapa parti.
Beliau menjangkakan lebih banyak pihak akan membeli borang pencalonan minggu depan kerana hari penamaan calon PRK DUN Tenang ditetapkan pada 22 Januari ini.
"Saya mengingatkan individu yang hendak bertanding merebut kerusi DUN tersebut agar segera membeli borang pencalonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.
PRK DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
SPR menetapkan 22 Januari ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh pembuangan undi 30 Januari.
MS : Berapa penjuru pun aku tak kisah, tapi undilah BN @ Barang Naik kalau orang TENANG nak terus hidup dalam SENGSARA ...
No comments:
Post a Comment