30 January 2011

PRK Tenang : Pusat mengundi mula dibuka - hujan lebat

LABIS: Semua pusat mengundi di pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mula dibuka jam 8 pagi tadi meskipun hujan lebat di sekitar daerah ini sejak jam 7 pagi.

Keadaan cuaca sebegini dilihat menjejaskan sedikit mereka yang keluar mengundi pada sebelah pagi dengan kemunculan bilangan pengundi dalam jumlah yang kecil, awal tadi. Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dijangka mengundi di Sekolah Kampung Paya Merah, manakala calon PAS, Normala Sudirman pula tidak mengundi tetapi dijadual akan berada di Sekolah Kebangsaan Tenang untuk membuat lawatan.
Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN
NOTA : UNTUK LAPORAN TERKINI PRK N05 TENANG, SILA IKUTI MELALUI TWITTER DI SEBELAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive