KUALA LUMPUR, 16 Feb — Laporan awal menunjukkan Mohd Saiful Bukhari Azlan ada memaklumkan doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah “cuba” untuk meliwatnya dan tiada penetrasi.
Dr Khairul Hakim, salah seorang doktor HKL yang memeriksa Saiful mengakui bahawa laporan proforma menyebut Saiful ada memberitahu doktor-doktor pada 28 Jun 2008 tentang adanya cubaan untuk meliwatnya dan seks oral tetapi bukan penetrasi yang sebenar.
Khairul bagaimanapun menegaskan, Saiful tidak memberitahu perkara itu ketika menemuinya kemudian dan mempertahankan bahawa saksi utama dan pengadu itu ada memaklum yang dia telah diliwat.
“Berdasarkan laporan proforma, ia adalah cubaan meliwat dan seks oral.
“Tetapi dia (Saiful) tidak mengatakan ia cubaan (dia diliwat),” kata Khairul.
Jawapan itu membawa kepada soalan peguam utama Anwar, Karpal Singh yang bertanya Dr Khairul mengenai merit laporan itu.
“Adakah laporan proforma berdasarkan pada apa yang dikatakan oleh SP1 (Saiful)? Berdasarkan laporan proforma, tidak mungkin ada penetrasi sebab ia satu cubaan,” kata Karpal.
Dalam keterangan kelmarin, ahli patologi forensik HKL Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau mengambil palitan spesimen dari tekak dan lidah Saiful selepas dia memberitahunya yang dia telah dipaksa melakukan seks oral oleh “seorang tokoh berprofil tinggi”.
Anwar, Ketua Pembangkang dan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah disambung hari ini.

No comments:
Post a Comment