15 February 2011

Bila Menteri UMNO bersikap tongong ...

Camno nak handel Malott?

February 15, 2011 — Saya tak tahu apa nak cakap. Apo nak den kato?

Kita ada menteri yang tak mampu berdebat, maka saranan nya ialah mengenakan arahan tidak boleh masuk ke negara ini. Jadi kalau caliber menteri kita hanya berdaya menggunakan kuasa fiat dan undang undang, orang akan mentertawakan kemampuan minda bangsa 1 Malaysia. John Malott bekas duta USA telah menulis suatu artikel. Artikel tersebut di katakan agak keras mengecam pemerintahan DS Najib.

Kita bebas menyatakan kita tidak setuju. Kita validate lah bangkangan kita dengan penghujahan. Kita lawan minda dengan minda. Saya sendiri telah menulis dua artikel sendiri menyatakan tidak bersetuju dengan pandangan Malott. Sebelum itu saya telah muat-turun satu artikel oleh Umar Mukhtar. Saya pun kena hentam dalam artikel yang pertama. Dalam artikel kedua bila saya mengupas point by point, kita dapati penghujjahan nya melarat kepada perkara lain.

Kepada saya itu petanda bahawa apa yang Malott katakan bukanlah definitive. Maka kalau ianya bukan definitive, apa pasal kita hilang akal sebentar dan mahu kenakan travel ban?

Sepatutnya, kita jemput Malott datang untuk memberi pandangan nya. Dan jika Nazri terror, dia boleh berdebat dengan Malott. Kita akan sokong kalau dia menunjukkan kejantanan nya dalam gelanggang.

Kalau menteri Umno bersikap tongong macam ini, susah lah kita hendak mempertahankan kredibiliti kepimpinan Umno. Ada orang kata, kita tak perlu layan Malott sebab dia bukan taraf itu dan ini. Adakah ini bermaksud, hanya bila kita ada taraf dan kedudukan, maka kita ada hak untuk beri komen? Kalau macam saya ADUN pencen, di kira takde taraf, tak boleh beri pandangan keatas buah fikiran bangang pak menteri , ADUN atau MP?

Ada menteri kata pandangan Malott ketinggalan zaman. Kalau ketinggalan zaman, ekau tunjukkan di mano jang. Jika main beri kenyataan yang umum, tidak lah ekau terer eh jang.

Kalau kita nak ban orang sebab dia beri pandangan yang tidak menyenangkan kita, ini nama nya macam ke budak budakan.

Yang paling saya meluat ialah kita memperkecilkan pandangan Malott sebab dia di katakan berkawan dengan Anwar Ibrahim. Siapa dia nak berkawan sepatutnya tidak mendatangkan masaalah kepada kita. Anwar Ibrahim ini dahulu kan Timbalan Perdana Menteri kita dan timbalan presiden Umno. Suatu ketika semua mereka yang sekarang ini dok hentam Anwar cium tangan Pak Sheikh. Kita harus membezakan antara penyakit peribadi dan ingatan tulus ikhlas.

Wallahu’alam bissawab. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive