( TARIAN PERAJURIT WANITA yang dipersembahkan oleh team seni budaya Kompeni Ke-21, Rejimen Ke-10 - arkib Muzium Kampung Perdamaian Sukhirin)
Penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Haadyai sudahpun berlalu hampir 20 tahun. Akan tetapi, kewujudan bekas perajurit pasukan-pasukan Tentera Rakyat Malaya masih disisihkan dari media perdana. Ada pihak yang cuba filemkan sejarah mereka tetapi telah diharamkan penerbitannya.
Justeru itu, blog KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN – KINI DAN SILAM ini perlu diwujudkan untuk memaparkan berita terkini dan sejarah silam para pejuang kemerdekaan agar disimpan untuk tatapan generasi akan datang.
Sejarah bukanlah hanya satu penjelasan. Blog ini tidak ingin mengatakan bahawa sejarah yang dipaparkan di sini adalah satu-satunya versi sejarah yang paling tulen dan benar atau menganggap hanya Rejimen Ke-10 dan TRM di bawah pimpinan PKM saja yang berjuang bertumpah darah demi kemerdekaan tanah air.tapi, blog ini ingin semua pihak yang jujur kepada fakta sejarah mengetahui bahawa sumbagan mereka tidak dapat dinafikan.
Mengangkat senjata menentang penjajah bukanlah sesuata yang salah, juga tidak bermaka menolak berjuang secara aman, tetapi situasi telah mendorong ia haruskan dilakukan.
Ramai yang merujuk kepada PKM sebagai organisasi keganasan dan zalim kerana melancarkan perjuangan bersenjata, malah PKM dikatakan dimiliki orang Cina yang ingin menjajah Tanah Melayu, pada hal ini semua tidak benar sama sekali. PKM berlandaskan ideologi komunis yang bersift humanis antarabangsa, menyanjung keadilan sosial, perpaduan kaum dan demokrasi, Ia disertai jua oleh semua kaum, termasuk Melayu, India dan lain-lain.
Kerana itulah blog ini ingin memaparkan segala sejarah silam Rejimen Ke-10 agar persepsi serong ini diperbetulkan.
[Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) adalah sebuah kampung bermastautinnya bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya yang dibangunkan selepas penandatanganan perdamaian 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989. Justeru itu kampung ini berlatarbelakangkan perjuangan bersenjata yang bermula sejak Jun 1948 menentang penjajah Inggeris untuk kemerdekaan tanah air. Rejimen Ke-10 didirikan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang di bawah pimpinan Abdullah C.D.]
Ikuti lah catatan silam dari salah seorang bekas perajurit Rejimen ke 10 PKM di SINI
Sumber: Amin Iskandar@Black
4 comments:
Mereka sebenar nya berjuang memerdekakan negara tetapi mereka bukan dari golongan opportunis.
PSM sepatut nya menganjurkan satu perbincangan public, "PKM- siapa dan mengapa? MERDEKA di mana?"
PKM telah kuat kembali dengan nama baru mereka DAP.
Penang telah di kontrol dan Perak hanya menunggu masa untuk diambil kembali.Walaupun tidak ada kerajaan rasmi,Kuala Lumpur mereka kontrol.
Perjuangan PKM/DAP adalah sama iaitu Malaysian Malaysia.
Cuma nya masa PKM dulu orang Melayu tak sokong mereka tetapi sekarang Melayu dalam PKR dan PAS(dalam kebodohan mereka)memberi sokongan padu.
Dengan pimpinan General Baru mereka Brader Anwar Bin Ibrahim mereka terus mara dan Melayu tidak ada hulubalang yang boleh menentang General Agong ini.
Dah nama kominis, macammana boleh jadi Islam? Kata karl marx - the prime of moving force is materialism. So mana Allah?
negara dah pun merdeka.. henti-hentikanlah niat tu.. kalau nak rasa sangat diperintah oleh komunis pegi je ke china x pun ke cuba..
malaysia dah pun merdeka.. british pun dah blah..
faktanya perjuangan yang terbaik tidak semestinya melalui senjata.. contoh jelas melalui perundingan..
malaysia merdeka hasil dari kebijaksanaan orang melayu dengan semangat toleransi antara kaum india dan cina..
hentikanlah perjuangan sia-sia..
Post a Comment