28 August 2012
Kisah Neil Amstrong dengar laungan Azan di bulan dan peluk Islam
Saje aku nak berkongsi kisah ni agar dijadikan panduan kepada kita tentang kebesaran Allah . Sejauh mana kebenaran cerita ni aku tidak tak tahu.
Neil Armstrong dikatakan adalah orang yang pertama mendarat di bulan. Neil pergi ke bulan menggunakan pesawat angkasa USA bernama Apollo, bersama rakannya Buzz Aldrin. Pergi ke bulan merupakan perkara yang amat menakjubkan bagi Neil. Panorama dan pengalaman tersebut tidak akan pernah luput di dalam pemikiran Niel.
30 Tahun telah berlalu, ketika itu Neil mengambil keputusan untuk bercuti. Dia banyak menghabiskan masa cutinya di Mesir dan ini merupakan kali pertama beliau mengunjungi Kairo. Ini merupakan pengalaman baru Neil mengunjungi dunia Islam dalam rangka lawatannya mencari hiburan dan menenangkan fikiran setelah penat menghabiskan masanya untuk bekerja.
Apa yang berlaku di Mesir, Niel bersama rakan-rakannya yang lain sampai ke sebuah hotel yang terletak di tengah Kota Kairo. Setelah mengurus pendaftaran untuk menginap di hotel tersebut, dengan perlahan dia menuju ke bilik hotelnya untuk berehat setelah penat menempuh perjalanan yang jauh dari Amerika menuju ke Kairo. Ketika Niel berbaring di tempat tidurnya, tiba-tiba terdengar seruan Azan.
Allahuakbar... Allahhhuakbar..
ketika Niel mendengar seruan tersebut, dia teringat sesuatu bahawa dia pernah mendengar seruan ini. Niel cuba meneliti kembali di manakah dia mendengar seruan ini. Niel cuba mengingat kembali apa yang dilaluinya sebelum ini tetapi dia tetap tidak mampu untuk mendapat jawapannya.
Kemudian dia duduk, berdiri dan berjalan mundar mandir sambil mengambil makanan ringan sebelum turun ke tingkat bawah untuk makan malam.
Ketika Niel sedang menjamu selera sambil berborak dengan rakan-rakan sejawatannya dia sekali lagi terdengar kumandang azan dari salah satu menara masjid yang berdekatan dengan hotel tersebut. Dia terdiam sejenak dan cuba mengingati kembali dimanakah dia pernah mendengar seruan ini. Dia cuba menghayati kalimat azan.
Dia kemudian memanggil pelayan restoran dan bertanya dengannya "Adakah kamu boleh berbahasa Inglish?"
Si pelayan menjawab : "Ya boleh sedikit-sedikit"
Niel tersenyum & berkata : "Seruan apa yang kedengaran sebentar tadi?"
Pelayan itu kemudian menjawab : "Maaf saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh tuan"
Neil kemudian menyebut : "Allahu akbar.. Allahu Akhbar"
Pelayan itu kemudian berkata : "Itu panggilan untuk bersolat, panggilan kepada seluruh kaum muslimin untuk pergi ke masjid untuk melaksanakan solat dan ianya berlaku 5 kali sehari"
Niel pun mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut atas penjelasannya dan kemudia dia menyambung makan malamnya sambil duduk diam tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba dia bangkit dan meninggalkan rakan-rakannya lalu naik menuju ke kamarnya sambil duduk berfikir. "Aku pasti mendengar salah satu filem yang pernah aku tonton" sejenak dia berfikir "ataupun mungkin di tempat lain?"
"Ah tidak, bukan filem!!.. aku mendengar dengan telinga ku sendiri yang bergema di udara, tetapi di mana?" dia mengelamun memikirkan seruan tersebut sehingga ketiduran. Ketika fajar menjelma, Neil terbangun dan sekali lagi dia mendengar seruan azan.
Allahu akhbar... Allahhuakbar...
Dia pun segera bangkit, duduk di tepi beranda dan cuma mengamati seruan azan tersebut. Neil teringat kembali apa yang berlaku 30 tahun lalu yang merupakan tempoh gemilang dalam hidupnya. Ketika itu dia merupakan salah satu astronot kapal angkasa USA yang juga merupakan kapal angkasa USA yang mampu mendarat ke bulan. Tiba-tiba dia sedar... "Ya.. di sanalah aku mendengar seruan ini untuk pertama kalinya dalam hidupku".
Kemudian dia berseru dalam bahasa Inglish tanpa sedar, "Wahai tuhan yang maha suci, ya tuhan, benar aku ingat bahawa di sanalah iaitu di permukaan bulan buat kali pertama aku mendengar seruan tersebut dan kini aku mendengarnya di Kairo iaitu di bumi"
Dalam hatinya berharap untuk mendengar seruan itu lagi. Dia mengelamun sehingga pagi dengan harapan dia dapat mendengar seruan itu lagi. Tetapi seruan yang ditunggu tidak kunjung tiba.
Akhirnya dia bangkit dari tempat tidurnya dan bersiap untuk sarapan pagi. Dia kemudian terus keluar bersama rakan-rakanya manakala seluruh panca inderanya begitu sensitif untuk mendengar seruan itu lagi. Dia ingin meyakinkan dirinya dan memberitahu rakan-rakannya yang lain mengenai apa yang dialaminya.
Rombongan kemudian melawat di sebuah muzium Fir'aun dan pada ketika itu dia mendengar lagi laungan azan yang mengalun merdu dengan irama yang indah dari sebuah pembesar suara yang boleh di dengar seluruh pelawat di mezium. Neil kemudian meninggalkan rombongannya dan berjalan menuju ke arah seruan itu sambil mengamatinya. Dia kemudian memanggil rakannya "apakah awak dengar apa yang saya dengar"
"Ya" jawab mereka.
"Tahukah anda semua di mana aku pernah mendengar seruan ini sebelum ini? Aku mendengarnya di permukaan bulan pada tahun 1969."
Rakanya kemudian memanggil Neil "Mr. Armstrong, mari kita ke sana untuk berbicara sebentar". Kemudian mereka berdua pergi ke salah satu sudut dan mulai berbincang mengenai perasaan anehnya.
Tidak lama kemudian.. Neil meninggalkan rombongan dan mengambil teksi dan terus pulang ke hotel, diwajahnya kelihatan kemarahan dan emosi yang berkecamuk. "Bagaimana mungkin dia berkata bahawa aku mengada-ngada dan mereka-reka cerita serta aku telah gila." fikirnya.
Neil berdiri di biliknya selama dua jam sambil dan kemudian baring sambil menunggu seruan itu berkumandang semula... Pada ketika itu seruan azan bergema..
Allahu Akhbar.. Alllahhhuakhbar...
Neil bangkit dan berdiri di jendela untuk mengamati azan itu semula. Kemudian dia berkata, "Tidak, aku belum gila, aku tidak gila, aku bersumpah demi tuhan bahawa inilah yang aku dengar di permukaan bulan."
Neil turun lambat untuk menikmati hidangan kerana tidak mahu bersua muka dengan rakannya.
Perkara ini berlangsung sehingga hari terakhir tempoh lawatan tersebut. Kesemua rombongan balik semula ke Amerika.
Di Amerika, Neil berusaha mendalami ilmu agama Islam, pada ketika itu dia mulai tertarik dengan Islam. Akhirnya, beberapa bulan kemudian, dia mengumumkan dia masuk Islam secara rasmi dan pada masa yang sama dalam wawancara dia menyatakan dia masuk islam kerana dia telah mendengar azan dengan telinganya sendiri di permukaan bulan.
Asyahadua an laaa ilaaha illallahhhhh
Wa Asyhadu anna muhammadar Rasullallahhhh..
Tidak lama kemudia, dia menerima sepucuk surat dari NASA, surat itu merupakan surat pemecatannya dari NASA. Sebab dan musabab dia dipecat tidak dapat diterangkan disini kerana tidak saya tidak jelas mengenainya.
Neil Armstrong berseru dalam sebuah majalah. "Memang aku kehilangan pekerjaanku, tetapi aku menemukan Allah"
Allahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Neil Amstrong tidak memelok Islam dia mati sabaai saorang Kristian.
Neil Amstrong dan rakannyantidak naik ka bulan.Peristiwa pendaratannya di bulan di rakamkan di Padang Pasir Nevada.Ini satu propaganda Amerika yang besar.
Persoalannya kenapa salepas Neil Amstrong ,sahingga hari ini tidak ada Astronut yang mendarat di bulan.Ini kerana NASA tidak berupaya berbuat demikian.
Bro.check sabelm tulis.
dia pernah datang malaysia 3 - 4 tahun lepas & kata yg dia tak pernah masuk islam.
dia pernah datang ke malaysia & kata yg dia x pernah masuk islam.
masa sekolah rendah dulu thn 80 an ada lagu nasyid pasal Neil Amstrong dengar suara azan di bulan,tapi masa beliau datang ke MALAYSIA beliau mngatakan beliau bukan islam.
Post a Comment