02 March 2012

Mahathir kata Hukum Hudud tiada dalam Al Quran ... iishh apa nak jadi dengan Madet ni?????

Hukum Hudud Tiada Dalam Al Quran - Siasat Mahathir

2 Mac 2012 - PAS mendesak para alim ulama’, para mufti hingga ke Majlis Raja-raja Melayu menegur Mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengeluarkan kenyataan sensitif yang boleh disifatkan sebagai terpesong dari ajaran Islam.

Tun Dr Mahathir membuat kenyataan terbuka menyifatkan golongan yang memperjuangkan hukum hudud bukan dari hukum Islam sebenar tetapi hukum ciptaan manusia.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno pada satu majlis dialog berkata demikian dan rakamannya kini tersebar luas melalui laman ‘you tube’.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik berkata ucapan dan kenyataan Tun Dr Mahathir turut mendakwa hudud dan qazaf tidak ada dalam al-Quran.


“Kenyataan Tun Dr Mahathir ini ‘besar’ (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.

“Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat’ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.

“Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran,” jelasnya

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ceramah Maulidur Rasul, di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Kampung Tok Jiring, dekat sini pada Rabu 29 Februari.

Ustaz Abu Bakar juga menyifatkan kenyataan bekas PM itu sangat merbahaya serta boleh merosakkan aqidah umat Islam.

Malah, beliau menggesa agar Tun Dr Mahathir itu disiasat bukan sahaja kerana terpesong juga kenapa kenyataan tersebut dikeluarkan.

Beliau berkata, kenyataan Mahathir sebegitu adalah satu bukti jelas penasihat agama yang dilantik di kalangan ulama’ Umno gagal menjelaskan hukum serta perundangan Islam kepada pemimpin Umno. (Buletin Online)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive