29 November 2011

Ogy saman Johan raja lawak

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pelakon dan Pengacara Fauziah Ahmad Daud melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Johan Raja Lawak yang telah mengaibkan beliau semasa Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

Dakwa Ogy dalam sebuah akhbar semalam, Johan telah mengaibkannya di hadapan penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.


Johan bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan. Jelasnya, dia mahu bersikap adil dan memberi kenyataan pada semua teman media sekali gus dalam satu masa.

"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini. Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," katanya yang mahu penonton pada malam itu menilai, sejauh mana ketelanjurannya sehingga disalah tafsir Ogy." - KLpos

6 comments:

Anonymous said...

secara terus terang , aku tengok ,tak tau lah penonton lain, pada ku kedua duanya tak ada kualiti, tiada mesej atau apa-apa pun yang terkandung dalam acara mereka mengendalikan rancangan pada malam tu ,memalukan ada lah..banyak lawak bodoh johan dan respon ogy pula nampak macam dia orang beraktiviti tanpa penonton...lebih banyak berkaitan 'serangan peribadi' dan nampak sangat kedua duanya tak professional. Sesungguhnya bukan nak rendahkan artis kita...tapi kebanyakan cerita lawak si johan dan zizan termasuklah senario dan berbagai lagi sangat meloyakan...aku tengok 'lawak spontan David teoh' lagi hebat dan bermakna...so... semuanya tu...terutamanya ogy...janganlah perasan sangat ..anda umpama 'ketam yang mengajar anaknya berjalan betul' ada arti ka ? dan pelawak pelawak baru melalui program realiti tu...aku rasa rugi masa tengok aksi kalian...buatlah R & D sikit ...yer...usah perasan glamour sangat...

kicap masin said...

Aku paling menyampah tengok Ogy jadi pengacara. Terlalu "over acting". Tak padan dgn tua dan bertudung.

Tak senonoh langsung lah acting dia.

Lain kali kalau tak tahan lawak, jangan jadi pengacara.

Tu la...pandai sangat komen orang dalam AF itu hari. Itu la tak kena...ini la tak kena. Bila kena kat batang hidung sendiri...meracau tak tentu hala. Siap nak saman pulak.

Sadah la Ogy woiiii.....
Menyampah tengok kau tu jadi pengacara.

noora said...

Berapa ramai kalangan 'pelawak' tempatan berpendidikan tinggi? Cara lawak yang diketengahkan tidak jauh menyimpang dari lawak kekampungan puak yang kurang pendidikan, lawak ala slapstick yang terjerit-jerit, memakai pakaian compang-camping, menconteng muka dan sebagainya. Maaflah, kalau minda kurang ilmu dan intelek, lawak yang dipersembahkan pun akan menjadi tidak berkualiti. Malangnya, persembahan sebegini masih digemari oleh rakyat Malaysia. Secara amnya, mengikut satu kajian yang pernah disiarkan di akhbar, rakyat Malaysia hanya membaca 1 muka surat dalam setahun. Adakah keterlaluan jika dikatakan bahawa lawak kurang kualiti seperti ini masih digemari masyarakat kerana masyarakat itu tidak mempunyai pemikiran canggih disebabkan kurang membudayakan ilmu? Saya kira ramai yang akan marahkan saya kerana berpendapat sedemikian. Apa yang saya tahu, saya bersahabat dengan ramai para intelek pendidikan tinggi yang banyak menghasilkan karya penulisan. Saya belum jumpa lagi dengan orang berfikiran intelek yang meminati lawak senario mahupun raja lawak. Apa yang keluar dari mulut merupakan pancaran dari hati. Sekiranya lawak picisan rendah kualiti yang dipersembahkan, besar kemungkinannya, jiwa dan pemikiran pelakonnya juga bertaraf picisan.
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca komen saya.

Sila bantai sekarang...hahaha

Anonymous said...

Sikit2 nak samanx..kalau cepat sgt tersinggung baik duduk diam2 kat rumah..

Anonymous said...

nak lawak pun janganlah sentuh ibu bapa, peribadi orang. mungkin orang boleh terima kalau kita kata dia dah tua. tetapi ada yang tak boleh terima. itulah kata s.samsuddin. nak lawak lawak lah tentang burung ka ect.

arman said...

macam mana ni. Asyik saman aje.
Bagi si Johan tu, kalau nak melawakpun, janganlah sentuh peribadi orang lain. Banyak lagi modal lain yang boleh digunakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive