30 November 2011

Isu Lembu Shahrizat : Akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.

Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.

Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Terdapat juga mereka-mereka yang mengintai jawatan Ketua Wanita tersebut. Di luar Umno pula, keengganan beliau untuk bertanggungjawab terhadap perkara itu telah menambah kemarahan orang ramai. Shahrizat juga merupakan menteri hal ehwal Wanita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive