19 September 2014

Perwakilan baca doa kutuk Mat Sabu, dua ADUN


dikemaskini Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).



Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

"Ambil tindakan displin kepada dua titik nila ini... Mereka yang khianat akan binasa,” katanya lagi

Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.

Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang membuat liputan muktamar tersebut yang turut menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

"Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam?

"Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam.

"Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut.

Kata-katanya itu turut disambut dengan sorakan dari sekumpulan individu di bahagian belakang dewan tersebut.

Pengerusi tetap seterusnya cuba mengawal keadaan dengan meminta anggota perwakilan bertenang.

"Tenang muktamar. Kalau tidak kita pakat balik semua," katanya tanpa membuat sebarang ketetapan dan mempersila pewakilan seterusnya berbahas.

5 comments:

marhaintua said...

Pihak akhbar terutamanya arakah dan akhbar PR dan juga bloggers harus buat investigative reporting perkenalkan malaun ini secara terus terang. Dia lupa satu hari nanti dia mungkin mahu pegang jawatan politik. Dia boleh ucap selamat tinggal pada kerjaya politiknya, - marhaintua.

marhaintua said...

Si malaun ini bolaeh ucap selamat tinggal pada kerjaya politiknya. Tidak ada pengundi yang mahu dia jadi wakil rakyat,walaupun lantik dia jadi seorang pemimpin satu hari nanti. Eloklah hadiahkan dia kotok tisu untuk belajar sapu selepet hingus dia.

Anonymous said...

Tahniah ini lah peribadi muslim sejati yang hendak dibentuk oleh ulama PAS...Bravo....Mendoakan kecelakaan kepada rakan sepejuangan...

Anonymous said...

Tuan presiden PAS telah berjaya membentuk pelapis yang kurang bijak berfikir hinggakan tidak membezakan hujah dengan do'a ,syabas pada perwakilan Kuala Kedah yang berani tampil mempertahankan kredibilti Parti yang telah mula diserongkan oleh pengikut taksub Hadi elok sangatlah jika mamat ini dihadiahkan sekotak tisue pengelap air mata bila dia pula menjadi pemimpin kelak, syabas juga pada Mat Sabu ketana cool dalam semua keadaan walau pun teropedo yang digunakan oleh perwakilan untuk memusnahkan keutuhan dan ketaatan pada PAS yang begitu kuat dan sabar.

Lebai Roger said...

Macam macam ade dalam Pas.........hadi awang harus berambus.....begitu lemah.......inikah kepimpinan ulamak......puok puok yg 'wet dream' dengan dakyah hamno rupanya dah sampai ke peringkat jelek dalam Pas......ingatkan hamno ja yg sedang reput.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive