Sah SPR dah pun umumkan PRK Penanti pada 31 Mei, dan penamaan calon pada 23 Mei. DSAI pun dah umumkan yang Dr Mansor Othman adalah calon Pakatan Rakyat untuk mempertahan kerusi DUN yang di menangi PR melalui calon PKR pada PRU12 yang lalu.
Pakatan Rakyat yang didukungi PAS, PKR dan DAP terbentuk selepas PRU12 baru-baru ini telah berjaya menawan 4 negeri lain selain Kelantan yang sememang nya telah dibawah pemerintahan PAS. Tanpa pakatan ini, tak mungkin Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang dapat di tawan. Jadi kejayaan menawan 4 negeri ini, walaupun 1 dah terlepas adalah atas dasar kerjasama antara 3 parti, bukan kerja persaorangan. Persepakatan ini dibentuk atas "nawaitu" ingin menumbangkan/memusnahkan BN.
Jadi saya kurang faham kenapa Pemuda PAS Bahagian menolak calon PKR yang telah diumumkan oleh DSAI 2 hari lepas dan menuntut agar kerusi tersebut diberikan kepada PAS. Tidak kah ini menampakan ketidaksepakatan antara ketiga-tiga parti dalam PR?
Nasihat saya yang ingin sangat melihat UMNO/BN terus tenggelam ditolak rakyat dan yang akan menjadi catatan sejarah untuk anak-anak kita nanti, kepada Pemuda PAS Bahagian, mulai sekarang bekerjalah untuk kemenangan. bersatulah demi untuk memusnahkan BN, bukan lagi masa untuk bercakaran sesama sendiri. Walau atas dasar apa sekalipun, berpeganglah pada nawaitu asal kita - UNTUK MENUMBANGKAN BN/UMNO.
No comments:
Post a Comment