21 February 2011

Bukan kerana suka pembangkang, tetapi benci sangat kat Umno

Malaysiakini hari ini menyiarkan berita bertajuk "Azmin rubbishes 'KPI report' which panned him". Sebelum itu, hari ini juga, Free Malaysia Today menyiarkan berita bertajuk "Azmin and six others flunk KPI test" (sila klik gambar di sebelah untuk besarkan).

Kita tak perlu baca berita yang disiarkan oleh FMT itu. Kita juga tak perlu buang masa membaca penafian Azmin Ali dalam berita Malaysiakini itu. Kita dah baca pelbagai rungutan terhadap Azmin. Malangnya, Mamat tu tak pernah jawab dengan meyakinkan. Semakin dia jawab, semakin hilang rasa nak percaya kat dia.

Memang sakit hati. Rakyat seperti saya siang malam berharap Umno dapat dihambat dari tampuk kekuasaan. Parti perasuah yang busuk hingga ke usus itu adalah mudharat paling besar ke atas negara ini. Negara ini tak akan selamat selagi mudharat terbesar itu tak melingkup.

Nak lawan mungkar terbesar itu sorang-sorang mana nak boleh. Nak tak nak, kita terpaksa ambik parti-parti pembangkang sebagai kuda untuk menghambat Umno dari puncak kekuasaan. Bukan sebab kita suka sangat kepada parti-parti pembangkang. Banyak sangat yang kita meluat. Tetapi sebab kita lebih meluat kepada Umno.

Malangnya, banyak jelatang dalam parti-parti pembangkang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat yang berusaha menghambat Umno. Pada saya, jelatang-jelatang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat itu lebih jahat dari Umno.

Saya tak payah tuduh Azmin adalah salah seorang dari jelatang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat. Semua orang ada akal. Boleh nilai sendiri. Yang sah, apa pun orang kata, Azmin tetap wangi di hati Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak siapa boleh buat apa. Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izzah pun tak boleh buat apa-apa.

Berikut ialah sebahagian rungutan yang semakin Azmin jawab semakin kita tak percaya:

"Ahli-ahli PKR di sini mahu saya lawan dengan Azmin, sebab Azmin ‘cakap tak serupa bikin’, di kawasan saya Taman Seri Gombak, Azmin hanya turun melawat dua kali sahaja sejak bergelar Ahli Parlimen. Hand phone tak buka, sms tak jawab" - Abu Bakar Ninggal

"...maka pada hemat kami bila YB Azmin mengambil alih ,perkara ini di masukan dalam rancangan bagi kesejahteraan rakyat yg memilih nya. Tapi hampeehh!! Habis mcm mana kami nak undi beliau lagi pada PRU13 nanti ,jika perkara sebegini pon tidak di ambil perhatian?" - Indraputra 80

"Saudara Azmin, I valued some leaders of PR like TSKI for his professionalism and hard work and YB Zuraidah who at least try to help me. It is my prayer that PR continue to rule Selangor for another 5 years but my worry is that people like you will bring the downfall of PR" - Dr Rafick

3 comments:

LibangLibu said...

Tuan blog,

Saya selalu mengikuti blog tuan yg popular ni dan saya ingin sama melebarkan jaringan pembaca.

Kalau tuan tak keberatan, mintak letakkan blog saya dlm blogroll tuan.

t/kaseh

Zakaria said...

saya salah seorang yang mengikuti blog tuan...banyak info dan tidak terlalu politik dalam penyampaian..liberal...saya juga benci pada orang-orang yang cakap tidak serupa bikin dan mudah menuding jari pada orang lain kalau melakukan kesilapan...mahupun pihak pemerintah atau pun pihak pembangkang.. sekali sekala bila terlihat persidangan di parlimen macam semua tidak pernah pergi sekolah...walhal semua adalah pemegang ijazah tu... dia orang ingat orang diluar sekarang semua bodoh dan tak reti nak fikir kot...saya tidak setuju PAS join dengan lain-lain pembangkang.Itu punca jadai carcamaraba tu...t/sh

Zakaria said...

saya sering mengikuti blog tuan...saya tertarik dengan banyak info dan tidak menuding jari pada mana -mana pihak...keihklasan untuk memberi input yang baik akan diberkati...bukan tempat untuk membuat fitnah atau mengadu domba.. ramai pembaca sekarang yang educated dan boleh menilai mana baik-mana buruk. Saya juga benci pada orang-orang yang cakap tak serupa bikin...sama ada pihak pemerintah mahupun pembangakang... ramai yang jadi duri dalam daging... sayabas diatas blog tuan ini. tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive