27 February 2011

Cerita keluar Pakatan dan "Superbikers" (mat motor besar) sertai PAS

Samada betul atau saja diada-adakan aku tak pasti lah. Tapi yang pasti setiap kali ada saja piliharaya kecil maka berita-berita sebegini pun ada. Sejauh mana kebenaran tak pula dapat dipastikan.
Cerita yang aku maksudkan adalah berita ahli-ahli dari pakatan rakyat keluar parti. Dah macam sinonim dah dengan PRK. Apakah ini salah satu strategi umNO BN? Mungkin juga boleh diterima. Bukan lagi secara kebetulan. Bila hampir-hampir saja dengan PRK adalah berita ahli-ahli dari gabungan PKR keluar parti. Alasan yang diberikan cukup mudah - Sudah hilang kepercayaan pada parti atau pimpinan parti
Kalau tak percaya pun, kenapa masa ada PRK ni? Itu lah yang terjadi.

Baru-baru ini dikhabarkan 1800 ahli PAS Pasir Puteh Kelantan menyertai umNO [DISINI] dan baru sebentar tadi diberitakan seramai 300 ahli PKR dalam Bhg Lembah Pantai (parlimen YB Nurul) telah keluar dan menubuhkan NGO yang menyokong umNO [DISINI]. Harap YB Nurul dapat mengesahkan perkara ini samada betul 300 atau 30 atau 3 orang sahaja.

Kalau umNO boleh tersenyum dengan 2 laporan di atas, disini PAS juga boleh tersenyum. Kejadian berlaku semasa hari penamaan calon PRK Merlimau semalam. Aku tak pasti samada mereka ni dah menyertai PAS atau sekadar penyokong. Kalau mereka hanya sekadar penyokong sahaja, bagi aku PAS dah boleh dikira berjaya meresap masuk ke dalam kumpulan-kumpulan sebegini. Ini bermakna dasar perjuangan PAS sudah boleh diterima mereka.
Teringat aku bila sembang-sembang sementara menantikan pagi di Merlimau dua malam lepas, dengan 4 penyokong yang datang dari Ipoh, katanya "saya suka sangat dengan perkembangan PAS sekarang, yang mana suatu masa dulu PAS ni orang kata parti hanya untuk Pak-Pak Lebai sahaja" bila sekumpulan 5 orang remaja yang baru turun dari sebuah kereta melintasi tempat kami melepak.
Add Image

Kedatangan sekumpulan "superbikers" untuk sama-sama menyertai perarakan penamaan calon PAS di PRK Merlimau


Mat-mat motor besar (berkuasa tinggi) telah sama-sama menyertai perarakan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau semalam. Aku tak sempat pun nak bercerita panjang dengan diaorang untuk mengetahui keadaan sebenar.

Kumpulan "Superbikers" sedang menunggu perarakan bermula


Walaupun jumlahnya sekitar 12 buah motorsikal, tapi yang pasti PAS sudah mula diterima oleh "Superbiker" ini. Kalau baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemasukan Bob Lokman seorang artis ke dalam PAS, tidak mustahil suatu hari nanti kita akan dikejutkan pula dengan kemasukan golongan-golongan "Superbikers" ini ke dalam Pakatan Rakyat ... Insyaallah

1 comment:

Azhar said...

Mungkin persepsi superbikers tu tak menyokong parti Islam harus dibuang. Saya superbiker sedari muda sewaktu menuntut di oversea dan sedari itulah juga saya memang penyokong setia PAS dan sekarang PR umumnya. Bagi saya tiada kaitan antara Superbikers dan pahaman politik. Mungkin dari segi lahiriah, superbikers memang lah pakaian nya ranggi...tapi itu semua "Safety First"...mungkin adalah sikit nak bergaya :). Setiap permulaan konvoi, di mulakan dengan bacaan doa. Sewaktu di oversea dulu, kalau perjalanan jauh, kami jama' dan qasarkan solat fardhu. Siap bentang sejadah solat sebelah sungai tepi highway lagi. Time winter pulak tu. Semoga ALLAH memberkati Malaysia dan memangkan ISLAM. Allahu Akbar!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive