15 February 2011

Kerja HARAMJADAH KERAjaan Najib .. Apa depa buat semua boleh ...

STONE : Yang ni aku betul-betul tak faham dan menyampah teramat. Kenapa perlu melantik syarikat swasta bagi menguatkuasakan kesalahan lalulintas? Mana perginya cawangan trafik PDRM? Apakah kini polis trafik dah sibuk sangat dengan demo demi demo yang banyak diadakan dan bakal diadakan akhir-akhir ini? Tak lain tak bukan hanyalah untuk memperkayakan kroni-kroni mereka. Ni la yang dikatakan projek haramjadah .. Ya projek haramjadah untuk menekan rakyat dan memperkayakan kroni namanya.

Bila masa rakyat didahulukan? Kroni didahulukan ada la ... Sesungguhnya aku tak dapat bayangkan tugas-tugas polis boleh diswastakan ... Itu lah Malaysia, Itu lah Najib UmnoApco ... Lepas ni projek apa pula nak diswastakan untuk menekan rakyat ... Malaysia BOLEH ... Boleh semua ... BOLEH bunuh orang, Tipu orang dah tentu BOLEH ... BOLEH buat apa saja yang depa suka ... Tu pun ramai lagi yang suka Najib haramjadah ni ...


Dua syarikat yang rapat dengan Umno dan BN bakal menerima komisyen RM3.8 billion dari hasil kutipan enam juta saman ekor, kata pengerusi anti saman ekor Datuk Mahfuz Omar.

Syarikat tersebut dilantik akhir tahun lalu untuk menyelenggara sistem penguatkuasa automatik iaitu pengguna kamera yang diguna polis untuk mengesan kelajuan kenderaan. Sebagai balasan katanya,dua syarikat itu akan menerima komisen sebanyak 35% dari kutipan saman yang terkumpul daripada pesalah trafik yang bernilai RM3.8 billion.

RM3.8 billion hanya anggaran minimum,bagi tempoh lima tahun kutipan,kemungkinan untungnya labih banyak.

Sudah pasti syarikat kutipan ini mahukan lebih keuntungan dan keuntungan itu datangnya daripada kompaun saman terhadap kenderaan rakyat Malaysia.Maka sudah pasti mereka akan cuba memastikan lebih banyak saman dikeluarkan untuk mendapatka lebih keuntungan pada syarikat mereka.

Dua syarikat tersebut ialah Beta Tegap sdn. bhd. (No:641884-A) dan Commercial Circle(M) sdn. bhd. (No:140723-V).Saya yakin dibelakang syarikat ini wujud kepentingan pimpinan Umno dan BN yang akan memanfaatkan "Lubuk" duit ini.

Mahfuz juga kesal,kerana kerajaan BN tetap membentangkan pindaan rang undang-undang (RUU) Akta pengangkutan jalan 2010 untuk bacaan pertama pada 18 Okt. yang lalu bagi mengekalkan saman ekor.

Jesteru itu,kempen ANTI saman ekor Fasa kedua akan dilancarkan dalam satu program bersama pimpinan PR pada 16 Februari ini.

Prosedur pemberian saman ekor juga dipertikaikan kerana tiada notis "Saman" dikeluarkan kepada pesalah trafik,sebaliknya hanya diberitahu melalui laman Web atau sms sahaja.

Sedangkan dalam satu kes mahkamah pada 2009,Mahkamah telah memutuskan tindakan JPJ menyenarai hitamkan kenderaan yang membayar saman ekor,salah disisi undang-undang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive